Adele
Adele

Adele

Adele Laurie Blue Adkins[2] (اديل لوري بلو ادكينس) atau lebih dikenali sebagai Adele (disebut ketara /əˈdɛl/) merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu berketurunan Inggeris yang memiliki suara kontralto. Beliau telah dilahirkan pada 5 Mei 1988 di Tottenham, London. Adele telah ditawarkan kontrak rakaman daripada XL Recordings selepas kawannya menghantar demonstrasinya melalui Myspace pada tahun 2006. Pada tahun berikutnya, beliau telah menerima Anugerah BRIT bagi "Pilihan Pengkritik" dan memenangi Sound of 2008 BBC. Album penampilan sulungnya, 19 yang dilancarkan pada tahun 2008 telah mendapat penerimaan yang baik sama ada secara komersial atau kritikan di United Kingdom (UK). Album 19 telah menerima empat kali platinum di UK.[3] Kerjaya Adele di Amerika Syarikat bermula ketika penampilannya di Saturday Night Live pada lewat tahun 2008. Ketika Anugerah Grammy 2009, Adele telah menerima anugerah bagi kategori "Artis Baharu Terbaik" dan "Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik".[4][5] Beliau juga pernah memenangi 8 Anugerah Grammy dan 1 Anugerah BRIT.Pada awal tahun 2011, Adele melancarkan album keduanya yang bertajuk 21.[6][7] Album tersebut juga mendapat penerimaan yang baik secara kritis dan telah mengatasi kejayaan sulungnya secara komersial. Album 21 telah menerima 14 kali platinum di United Kingdom dan di Amerika Syarikat pula, album ini berada di tangga teratas lebih lama berbanding dengan album lain sejak tahun 1993.[8][9] Kejayaan album 21 yang diperoleh oleh Adele banyak disebut di Buku Rekod Dunia Guinness. Album ini juga berjaya memenangi Grammy untuk "Album Tahun Ini". Adele merupakan artis pertama yang berjaya menjual lebih daripada 3 juta salinan album dalam masa setahun di UK.[10] Dengan dua album dan dua single pertama daripada album 21, "Rolling in the Deep" ("Bergolek di Tempat Dalam") dan "Someone Like You" ("Seseorang Sepertimu"), Adele menjadi artis hidup pertama yang mencapai lima hit dua terbaik di Carta Single Rasmi UK dan Carta Album Rasmi sejak kumpulan muzik The Beatles pada tahun 1964.[11][12] Dengan pelancaran single ketiga daripada album 21, "Set Fire to the Rain" ("Tetapkan Api Kepada Hujan"), Adele menjadi artis pertama dalam sejarah untuk menerajui Billboard 200 serentak dengan tiga Billboard Hot 100 dengan tempat pertama. Album 21 adalah album yang paling lama berada di kedudukan pertama oleh artis solo wanita di Carta Album UK[13] dan pada tahun 2011, Billboard menamakan Adele sebagai "Artis Tahun Ini".Album studio ketiga Adele, 25 dikeluarkan pada 16 November 2015.Ianya dijual 3.38 juta salinan pada minggu pertama pembukaanya, membuatkan jualan album 25 merupakan jualan album paling tertinggi sepanjang masa.