Melaka
Melaka

Melaka

Negeri Melaka (Tulisan Jawi: ملاك; juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah) adalah sebuah negeri di Malaysia. Pada tahun 2008 Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).[15] Negeri Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' pada 20.10.2010 pada jam 20:10 di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.[16][17] Negeri ini mempunyai penduduk yang agak berpendidikan tinggi, dengan kadar literasi remaja 99.5% seperti yang dilaporkan oleh Laporan Matlamat Pembangunan Millennium 2015.[18] Pada tahun 2016, Melaka menjadi tempat paling selamat untuk tinggal di Malaysia.[19] Kadar jenayah indeks negeri mencatatkan penurunan sebanyak 15.5 peratus pada tahun 2017 dengan 3,096 kes direkodkan berbanding 3,663 pada 2016.[20] Melaka mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1% pada 2017, yang kedua tertinggi di negara ini selepas Sabah. Sektor perkhidmatan kekal sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negeri ini pada 44.8% daripada KDNK. KDNK per kapita juga berkembang 11.2% kepada RM46,015 pada 2017, melebihi angka peringkat nasional sebanyak RM42,228.[21] Laporan Sosioekonomi Negeri 2017 yang diterbitkan pada 26 Julai 2018 melaporkan bahawa Melaka merupakan negeri yang merekodkan kadar pengangguran terendah pada tahun 2017 dengan hanya 1.0 peratus.[22]Melaka ialah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan (lihat peta):Kedudukan Melaka dalam persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri. Pelbagai adat etnik dan tradisi bercampur dengan sempurna di Melaka. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Portugis, Chitty dan Eurasia.[23]

Melaka

Sejarah  
Kod panggilan kebangsaan 06
Poskod kebangsaan 75xxx to 78xxx
Laman sesawang: www.melaka.gov.my
Ibu negeri Bandaraya Melaka
Huruf pertama plat kenderaan M

Rujukan

WikiPedia: Melaka http://www.enghunan.gov.cn/AboutHunan/GlobalAssoci... http://en.jiangsu.gov.cn/col/col54176/index.html http://asiatravel.com/malaysia/melaka_info/index.h... http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-cat... http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mah... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dondang-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sejarah-... http://gotomelaka.blogspot.com http://www.colonialvoyage.com/malacca.html http://www.colonialvoyage.com/malaccaNL.html