Sejarah Melaka

Kesultanan Melaka

Sultan MelakaTempoh memerintah
Parameswara
(Raja Iskandar Shah)
1400 – 1414
Megat Iskandar Shah1414 – 1424
Sultan Muhammad Shah, Melaka1424 – 1444
Sultan Abu Syahid1444 – 1446
Sultan Muzaffar Shah1446 – 1456
Sultan Mansur Shah1456 – 1477
Sultan Alauddin Riayat Shah1477 – 1488
Sultan Mahmud Shah1488 – 1511
Rencana utama: Kesultanan Melaka

Semuanya mula berkembang hingga 751 tahun yang lalu (1262) ketika Parameswara menemui Melaka pada abad ke-14, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada abad ke-14.[40][41][42] Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku yang mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.[43]

Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.[44][45]

Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).[46][47]

Pemerintahan penjajah

Rencana utama: Sejarah Melaka
Kubu A Famosa, bekas penjajahan Portugis di MelakaPembinaan Kubu Middleburg telah dilaksanakan pada tahun 1660 ketika itu dibawah era Kolonial Belanda, ia terletak secara strategik di muara Sungai Melaka.

Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511.[48] Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun.

Pada tahun 14 Januari 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada 17 Mac 1824.

Belanda memerintah Melaka dari tahun 1641 hingga 1798 tetapi mereka tidak berminat membangunkannya sebagai pusat perdagangan tetapi memberi tumpuan yang lebih penting kepada Batavia (Jakarta) di Jawa sebagai pusat administrasi mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih membina mercu tanda mereka, lebih dikenali sebagai Stadthuys. Di zaman Belanda bangunan itu berwarna putih, cat merah adalah tarikh kemudiannya.

Melaka diserahkan kepada British dalam Perjanjian Anglo-Belanda pada 1824 sebagai pertukaran untuk Bencoolen di Sumatra. Dari tahun 1824 hingga 1942, Melaka berada di bawah pemerintahan British, yang pertama oleh British East India Company dan kemudian sebagai koloni mahkota. Disebabkan ketidakpuasan dengan bidang kuasa British terhadap Naning, Dol Said, ketua tempatan dan Syarikat India Timur telah berperang dari 1831 hingga 1832, yang menyebabkan kemenangan British yang tegas. Ia membentuk sebahagian daripada Negeri-negeri Selat, bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang. Melaka secara ringkas di bawah pemerintahan Kerajaan Jepun pada tahun 1942-1945[49] semasa Perang Dunia II.

Era pasca penjajahan

Selepas pembubaran koloni mahkota ini, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Malayan Union pada 1 April 1946,[50] yang kemudiannya menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.[51] Pengisytiharan kemerdekaan telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaya pertama, Tunku Abdul Rahman, di Padang Pahlawan pada 20 Februari 1956, yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.[52] Pada 16 September 1963,[53] Malaysia dibentuk dengan penggabungan Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura, dan Melaka menjadi sebahagian daripadanya. Pada 15 April 1989, Melaka telah diisytiharkan sebuah bandar bersejarah. Ia kemudiannya disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 7 Julai 2008.[54]

Rujukan

WikiPedia: Melaka http://www.enghunan.gov.cn/AboutHunan/GlobalAssoci... http://en.jiangsu.gov.cn/col/col54176/index.html http://asiatravel.com/malaysia/melaka_info/index.h... http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-cat... http://www.astroawani.com/berita-bisnes/melaka-mah... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dondang-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sejarah-... http://gotomelaka.blogspot.com http://www.colonialvoyage.com/malacca.html http://www.colonialvoyage.com/malaccaNL.html