Melanin
Melanin

Melanin

Melanin (Bahasa Yunani: μέλας, hitam) merupakan pigmen yang sentiasa ada dalam alam, terdapat pada kebanyakan organisma (labah-labah adalah antara organisma yang belum dikesan melanin). Bagi haiwan, pigmen melanin merupakan terbitan asid amino tirosina. Bentuk melanin biologi yang paling banyak ditemui ialah eumelanin, iaitu sejenis polimer hitam keperangan yang terdiri daripada asid karboksilik dihidroksiindola, dan bentuk-bentuk terturunnya. Semua melanin merupakan terbtan poliasetilena. Kebanyakannya berpunca daripada asid amino tirosina. Satu lagi jenis melanin yang kerap ditemui ialah feomelanin, iaitu polimer perang kemerahan yang mengandungi sisteina dan terdiri daripada unit-unit benzotiazina yang banyak menyumbang kepada rambut merah dan tetua. Kehadiran melanin dalam alam-alam arkea dan bakteria masih dipertikaikan oleh para penyelidik dalam bidang ini.Pengeluaran melanin yang bertambah dalam kulit manusia dipanggil melanogenesis. Penghasilan melanin dirangsang oleh kerosakan DNA yang dicetuskan oleh sinaran ultralembayung-B,[1] lantas menyebabkan perkembangan samak kulit terbantut. Samak berasaskan melanogenesis ini mengambil masa yang lebih lama untuk berkembang, tetapi lebih tahan lama.[2]Sifat-sifat fotokimia melanin menjadikannya sebagai pemfotolindung yang berkesan sekali, kerana ia menyerap sinaran ultralembayung yang berbahaya dengan cekap lalu menukarkan tenaga itu kepada haba yang tidak berbahaya.[3][4][5] Ini terjadi secara proses yang dipanggil "penukaran dalaman ultracepat". Sifat ini membolehkan melanin untuk menghamburkan lebih daripada 99.9% sinaran ultralembayung yang terserap kepada haba[6]. Ini mencegah kerosakan DNA tak langsung yang menyumbang kepada pembentukan melanoma dan lain-lain jenis barah kulit.