Kerjaya Melda_Ahmad

Melda telah mula bergiat aktif dalam bidang nyanyian semenjak zaman persekolahan lagi. Beliau pertama kali muncul di kaca televisyen seawal umur 12 tahun dalam rancangan nyanyian Who Will Win yang dihoskan oleh Azizan Nin di ntv7. Ketika usia remaja, beliau banyak terlibat dengan rakaman demo lagu, persembahan gig dan muzik indie. Setelah itu, beliau cuba untuk menghasilkan lagunya sendiri dan memuat naik lagunya ke laman sesawang Myspace. Lagu "Kimia & Putus" yang ditulisnya mula tular di laman YouTube yang membuatkan dirinya mula dikenali ramai.[2]

Pada tahun 2010, beliau telah menerima tawaran berlakon bagi drama realiti bersiri sebanyak 13 episod bertajuk Gadis Semasa Sunsilk oleh syarikat produksi Red Communications yang bersiaran di TV3.[3] Melalui platform drama realiti itu, beliau mendapat peluang untuk bekerjasama bersama bintang Wardina Safiyyah, pendandan rambut tersohor Bambang Soteto dan komposer Ajai. Hasil kerjasama beliau bersama Ajai, sebuah single telah diterbitkan bersempena dengan drama realiti Gadis Semasa Sunsilk tersebut iaitu "Aku Adalah Aku" nyanyian Melda dan muzik videonya ialah arahan Shamyl Othman. Selain itu, konsert Gadis Semasa Sunsilk telah diadakan bagi meraikan transformasi yang telah berlaku terhadap Melda untuk menjadi seorang bintang.[4] Beliau telah berkongsi pentas bersama penyanyi ratu rock Malaysia Ella, Yuna, Hujan dan One Nation Emcees.[5]

Pada Ogos 2018, Melda melancarkan single "Kau Takkan Tahu" dengan duet bersama Zizan Razak.[6][7][8]

Rujukan

WikiPedia: Melda_Ahmad http://meldaahmad.blogspot.com/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://web.archive.org/web/20181009102921/http://w... https://www.budiey.com/gadis-semasa-sunsilk-perken... https://www.facebook.com/MeldaAhmadOfficial/ https://instagram.com/meldahmmad