Menara_CN
Menara_CN

Menara_CN

Menara CN ialah sebuah menara komunikasi dan pencerapan di Pusat Bandaraya Toronto, Ontario, Canada. Pada ketinggian 553.33 meter (1,815.4 ka),[4] menara ini siap dibina pada tahun 1976 lalu menjadi struktur bebas tertinggi di dunia dan menara tertinggi di dunia ketika itu. Ia memegang kedua-dua rekod itu selama 34 tahun sehingga siapnya Burj Khalifa dan Menara Canton. Namun demikian, Menara CN kekal sebagai struktur bebas tertinggi di Hemisfera Barat, lambang utama latar langit Toronto, dan satu lambang negara Kanada[5][6] yang menarik lebih dua juta pengunjung dari merata dunia setiap tahun.[7]Nama "CN" pada mulanya merujuk kepada syarikat keretapi Canadian National yang membina menara ini. Ekoran keputusan syarikat itu untuk melucutkan aset-aset kereta api pengangkut bukan terasnya sebelum diswastakan pada tahun 1995, hak milik menara ini diserahkan kepada Canada Lands Company, sebuah perbadanan Kerajaan yang bergiat sebagai pemaju hartanah. Memandangkan nama CN Tower sering digunakan dalam perbualan seharian, singkatannya berkembang menjadi Canadian National Tower atau Canada's National Tower, namun kedua-dua nama itu jarang sekali dipakai.[8]Pada tahun 1995, Menara CN dinamakan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia moden oleh Persatuan Jurutera Awam Amerika. Ia juga menduduki rangking kedua dalam Persekutuan Menara Agung Sedunia.

Menara_CN

Status Siap
Menara antena 553.33 m (1,815.4 ka)
Tingkat tertinggi 446.5 m (1,464.9 ka)
Lif/mesin pengangkat 6
Disiapkan pada 1976
Pembinaan bermula 1972
Lokasi Toronto, Ontario, Kanada
Bumbung 457.2 m (1,500.0 ka)
Arkitek John Andrews Architect
WZMH Architects
Bilangan tingkat 147 (samaan)
Jenis pencerapan, telekomunikasi, tarikan, restoran