Menara CN ialah sebuah
menara komunikasi dan pencerapan di
Pusat Bandaraya Toronto, Ontario, Canada. Pada ketinggian 553.33 meter (1,815.4 ka),
[4] menara ini siap dibina pada tahun 1976 lalu menjadi
struktur bebas tertinggi di dunia dan
menara tertinggi di dunia ketika itu. Ia memegang kedua-dua rekod itu selama 34 tahun sehingga siapnya
Burj Khalifa dan
Menara Canton. Namun demikian, Menara CN kekal sebagai struktur bebas tertinggi di
Hemisfera Barat, lambang utama latar langit Toronto, dan satu lambang negara Kanada
[5][6] yang menarik lebih dua juta pengunjung dari merata dunia setiap tahun.
[7]Nama "CN" pada mulanya merujuk kepada syarikat keretapi
Canadian National yang membina menara ini. Ekoran keputusan syarikat itu untuk
melucutkan aset-aset kereta api pengangkut bukan terasnya sebelum
diswastakan pada tahun 1995, hak milik menara ini diserahkan kepada
Canada Lands Company, sebuah
perbadanan Kerajaan yang bergiat sebagai pemaju hartanah. Memandangkan nama CN Tower sering digunakan dalam perbualan seharian, singkatannya berkembang menjadi
Canadian National Tower atau
Canada's National Tower, namun kedua-dua nama itu jarang sekali dipakai.
[8]Pada tahun 1995, Menara CN dinamakan sebagai salah satu daripada Tujuh
Keajaiban Dunia moden oleh
Persatuan Jurutera Awam Amerika. Ia juga menduduki rangking kedua dalam
Persekutuan Menara Agung Sedunia.