Mentega_syea
Mentega_syea

Mentega_syea

Mentega syea ialah lemak yang diekstrak dari kacang pokok shea (Vitellaria paradoxa) dari benua Afrika. Ia biasanya berwarna kuning dalam keadaan mentah, dan warna kegadingan atau putih apabila ditapiskan.[1] Mentega ini ialah trigliserida (lemak) berasal terutamanya dari asid stearik dan asid oleik. Ia digunakan dalam kosmetik sebagai pelembap, salap atau losyen. Shea boleh dimakan dan digunakan dalam penyediaan makanan di Afrika.[2] Ia juga kadangkalanya digunakan dalam industri coklat sebagai pengganti mentega koko dalam campuran dengan minyak lain, walaupun rasa produk akhirnya mempunyai perbezaan ketara.[3][4]Nama "syea" datangnya dari s'í, iaitu nama pokok ini dalam bahasa Bambara di Mali melalui istilah bahasa Inggeris iaitu "shea".[5]