Inovasi Mercedes-Benz

  • Pembinaan Sel Keselamatan atau Sangkar Keselamatan dengan zon remukan hadapan dan belakang mula dibangunkan oleh Mercedes-Benz pada tahun 1951.
  • Sistem brek cegah kunci (ABS), beg udara dan kawalan cengkaman yang kini menjadi piawaian kereta-kereta buatan Eropah adalah hasil inovasi oleh Mercedes-Benz.
  • Pada September 2003, Mercedes-Benz memperkenalkan kotak gear automatik 7G-TRONIC dengan bilangan gear terbanyak pada masa itu iaitu 7 kelajuan.
  • Sistem pra-perlanggaran Mercedes-Benz menggunakan radar untuk mengesan kemungkinan perlanggaran dan membolehkan sistem-sistem keselamatan bersiap sedia untuk tindak balas optimum, termasuklah mengetatkan tali pinggang keledar, menutup tingkap dan bumbung suria, dan menggerakkan tempat duduk ke posisi optimum.
  • Mercedes-Benz sedang dalam proses pembangunan sistem pengesanan kelesuan yang akan memberi amaran sekiranya pemandu mengantuk dan menunjukkan tanda-tanda hampir tertidur (jika mata tertutup lebih lama daripada kelipan mata yang biasa). Sistem akan mengumpul data mengenai gaya pemanduan, tempoh perjalanan, waktu perjalanan serta keadaan trafik.
  • Kereta (pengeluaran) transmisi automatik terpantas di dunia ialah Mercedes-Benz SLR McLaren dengan kelajuan maksimum 334 km/j, hasil usaha sama DaimlerChrysler dan McLaren Automotive.