Mercedes_MGP_W02
Mercedes_MGP_W02

Mercedes_MGP_W02

Jentera Mercedes MGP W02 ialah sebuah kereta lumba Formula Satu. Jentera ini merupakan kereta lumba kedua yang direka dan dibina oleh Mercedes Grand Prix selepas syarikat Mercedes Benz membeli pasukan Johan Pembina Dunia Brawn GP. Jentera ini dipandu Johan Dunia tujuh kali, Michael Schumacher, dan Nico Rosberg dalam musim Formula Satu tahun 2011. Kereta ini dipertontonkan buat kali pertama di Circuit Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol pada 1 Februari 2011.[1] Dua hari sebelum ditontonkan, Mercedes mengeluarkan lakaran kereta yang menunjukkan pendekatan yang lebih tradisional terhadap kotak udara daripada alat yang digunakan Mercedes pada casis MGP W01 serta warna perak kereta yang lebih gelap.[2] Kedua-dua Schumacher dan Rosberg memandu kereta ini pada hari pertama ujian di Valencia.[3]

Mercedes_MGP_W02

Kategori Formula Satu
Casis Gentian karbon yang teracu dan monokok komposit indung madu
Sistem gear Mercedes kotak gear gentian karbon berjujukan separa automatik tujuh kelajuan dengan keaktifan hidrolik gear undur anjakan tak kelim operasi tangan
Pembina Mercedes
PerlumbaanMenangPolePus. terpantas
PerlumbaanMenangPolePus. terpantas
19000
Debut Grand Prix Australia 2011
Pemandu 7. Michael Schumacher
8. Nico Rosberg
Tayar Pirelli P Zero
BBS Roda (depan dan belakang): 13"
Bahan api Petronas
Kemasukan Mercedes GP Petronas F1 Team
Berat 640 kg (1,411 lb) (termasuk pemandu)
Ampaian (belakang) Palang tulang selangka dan rod tunja
Enjin Mercedes-Benz FO 108Y 2,400 cc (146.5 cu in) 90° V8, terhad kepada 18,000 RPM, Sedutan tabii dengan KERS, pasang tengah
Ampaian (hadapan) Jempelang dan spring kilasan yang diaktifkan palang tulang selangka dan rod tunjal