Mesyuarat_Ketua-Ketua_Kerajaan_Komanwel

Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) adalah sidang kemuncak dwitahunan yang disertai semua ketua-ketua kerajaan dari negara-negara Komanwel. Setiap dua tahun, mesyuarat ini akan dikendalikan oleh negara ahli yang berbeza, biasanya dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Presiden. Biasanya Ratu Elizabeth II yang menjadi Ketua Kerajaan Komanwel akan merasmikan mesyuarat tersebut. Sejak 1944 hingga 1971, mesyuarat ini yang dikenali sebagai Persidangan Perdana Menteri Komanwel diadakan di London. kecuali pada 1966 mesyuarat ini telah diadakan di Lagos. CHOGM yang pertama diadakan pada 1971.Terdahulu, mesyuarat CHOGM membincangkan perkara-perkara dasar berkaitan isu semasa atau yang sedang berlangsung yang melibatkan negara ahli. Antaranya CHOGM membincangkan isu dasar aparteid diAfrika Selatan dan bagaimana memberhentikannya. Rampasan kuasa di Pakistan dan Fiji. Isu kepincangan pilihan raya di Zimbabwe. Selalunya negara ahli bersepakat dalam beberapa idea dan usul dan mengeluarkan deklarasi bersama seperti Deklarasi Langkawi.