Metacafe

Metacafe ialah sebuah komuniti perkongsian media dan video di Internet. Pengguna-pengguna Metacafe memuat naik dan berkongsi beribu-ribu video baru pada setiap hari. Metacafe menawarkan aplikasi atas meja (desktop) dan mensasarkan audiens yang “ketagihan video” yang memuat turun banyak video setiap hari. Aplikasi desktop ini berkebolehan memuat turun media berkualiti tinggi ke komputer pengguna apabila komputer pengguna tersebut tidak digunakan (melahu).Metacafe menengahkan video yang dihasilkan oleh pengguna, video lucu, video internet dan iklan viral (viral ads) berserta dengan video-video sukan dan video-video berita dan ehwal semasa. Sebilangan hasilan di tapak ini juga meliputi permainan flash dan juga klip suara.