Perkhidmatan Metacafe

Pengguna Metacafe memuat naik bahan ke pelayan laman web dan berkongsi video (ataupun fail audio ataupun lain-lain media) mereka. Video itu kemudiannya akan diedarkan kepada satu komuniti pengulas sukarela (volunteer reviewers) dan kemudiannya akan disemak oleh kakitangan Metacafe untuk menapis kandungan ataupun imej lucah dan eksplisit dan menandakan bahan-bahan itu sebagai bahan “dewasa”. Video yang sudah selesai ditapis dan diulas akan diedarkan dengan dua cara utama :Pengedaran melalui Laman Web – video dan bahan media pengguna akan dimasukkan di dalam laman video baru Metacafe (new videos) dan laman video panas Metacafe (top videos). Kemudahan juga diberikan kepada pengguna-pengguna yang lain yang mahu ‘membenamkan” (embed) video-video meatcafe di laman web ataupun tapak blog mereka ataupun di laman-laman peribadi mereka.

aplikasi atas meja Metacafe

Klien Untuk Windows – Ini adalah satu aplikasi yang diedarkan secara percuma kepada pengguna yang membolehkan mereka mengumpulkan khazanah video mereka sendiri dan menggunakan secara optimum jalur lebar mereka untuk memuat turun dan memuat naik bahan hanya apabila komputer mereka melahu (idel).

Pengguna juga boleh memanggil video menggunakan kemudahan carian dalam laman, mereka boleh melihat dan kemudiannya sekiranya mahu boleh memberikan pemeringkatan (rating) kepada video yang dilihat, menghantar video itu kepada sahabat mereka melalui e-mel ataupun menggunakan Yahoo! Messenger. Kesemua pemeringkatan (rating) disimpan dan tapak Metacafe menunjukkan statisktik untuk video menggunakan kategori Pemeringkatan tertinggi (Highest Rank), Paling DiLihat (Most Viewed), Paling Dibincangkan (Most Discussed) dan Paling Baru (Most Recent). Senarai itu juga menunjukkan penghantar terbanyak dan pengeluar terbanyak.

Sistem Metacafe dibuat sebegitu cara di mana bahan untuk laman web akan dilihat dan diluluskan (ataupun ditolak) oleh pengulas, dan hanya akan dimuatkan dalam laman web selepas diluluskan oleh pengulas. Dengan cara ini, video yang tidak berkualiti tidak akan dimuatkan dalam laman web Metacafe. Metacafe jua mempunyai algoritma khas yang menapis penduaan video yang mengelakkan muatan video secara berganda di laman mereka. Dengan cara ini video yang dimuatkan hanya disenaraikan sekali sahaja dan memudahkan pencarian oleh pengguna.