Sejarah Metacafe

Metacafe Inc. diasaskan dalam bulan Julai 2002 oleh Eyal Herzog (Ketua Pegawai Teknologi), Arik Czerniak (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Ofer Adler setelah mengumpulkan US$4 juta melalui Benchmark Capital dan pelabur persendirian.

Dalam tahun 2006, trafik laman web Metacafe meningkat dengan pesat dan menjelang bulan Jun 2006, trafik laman we ini diletakkan pada tangga ke-128 oleh Alexa Traffic Ratings . metacafe menyediakan lebih daripada 450,000 klip video setiap bulan kepada lebih daripada 2 juta pengguna berdaftar dan kepada 120 orang pelawat setiap bulan. Metacafe mempunyai 17 juta pengguna unik dalam sesuatu bulan.

Dalam bulan Julai 2006, Metacafe menambahkan modal operasi mereka dan mengumpulkan dana tambahan daripada Benchmark Capital dan Accel Partners $15 million.