Metro_Tyne_dan_Wear
Metro_Tyne_dan_Wear

Metro_Tyne_dan_Wear

Metro Tyne dan Wear (Inggeris: Tyne and Wear Metro), juga disebut oleh orang tempatan sebagai Metro sahaja merupakan sistem transit laju dan kereta api ringan di England Timur Laut,[3][4] dan ia telah dibuka pada 1980. Ia memberi khidmat di kawasan Newcastle upon Tyne, Gateshead, Tyneside Selatan dan Utara serta Sunderland di kawasan Tyne dan Wear. Sistem ini disifatkan sebagai sistem aliran ringan moden pertama di United Kingdom.[5]Pada 2007-2008, Metro Tyne dan Wear menyediakan 40 juta perjalanan awam pada rangkaian 74.5 kilometer (46.3 mi).[2] Ia juga adalah sistem kedua terbesar bagi tiga sistem metro di United Kingdom, selepas London Underground dan yang lagi satu adalah Kereta Api Bawah Tanah Glasgow. Sistem kereta api ini dikendalikan oleh DB Regio Tyne & Wear Limited, satu anak syarikat Arriva UK Trains di bawah kontrak Nexus.[6]

Metro_Tyne_dan_Wear

Panjang sistem 74.5 km (46.3 mi)[2]
Pengelektrikan 1500 V DC
Jumlah stesen 60
Bil. penumpang tahunan lebih daripada 40 juta (2015)[1]
Kelajuan tertinggi 80 kilometres per hour (50 mph)
Tolok landasan 1435
Lokasi Tyne dan Wear
 England
Laman sesawang Nexus
Jenis transit Aliran ringan
Peta rangkaian
Peta rangkaian

Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas
Jumlah laluan/aliran 2
Pengendali Nexus
Arriva UK Trains
Mula beroperasi (1980-08-11) 11 Ogos 1980 (umur 39)
Bil. penumpang harian 109,600 (2015)
Nama asal Tyne and Wear Metro