Michael_D._Higgins
Michael_D._Higgins

Michael_D._Higgins

Michael Daniel Higgins, biasanya dikenali sebagai Michael D. Higgins (Bahasa Ireland: Micheál D. Ó hUigínn; lahir 18 April 1941) ialah seorang ahli politik, pemuisi, penulis dan siarawan Ireland. Beliau menjadi Presiden Ireland kesembilan, selepas memenangi[3] pilihan raya presiden Ireland 2011 pada 27 Oktober 2011. Beliau merupakan salah seorang pemimpin Parti Buruh Ireland sehingga meletak jawatan selepas pilihan raya presiden.[1] Sebelum ini beliau merupakan Teachta Dála (TD) bagi kawasan pilihan raya Galway West,[4] dan Menteri Seni, Budaya dan Gaeltacht dari 1993 hingga 1997.