Peralihan Mickey_Mouse

Zaman Meleset

Filem pendek Mickey terakhir dalam tahun 1929 ialah Jungle Rhythm, pada 15 November. Mickey berada dalam sebuah safari di Afrika, menunggang seekor gajah dan berlengkapkan shotgun. Kemudian, Mickey berada dalam kesusahan apabila didekati seekor singa dan seekor beruang. Mickey terus memainkan muzik untuk menenangkan kedua-dua haiwan itu. Sepanjang filem ini, pelbagai jenis haiwan hutan belantara menari ikut irama Mickey, termasuk lagu-lagu "Yankee Doodle", "Turkey in the Straw", "Auld Lang Syne", "The Blue Danube", dan Aloha `Oe. Pada tahun 1929, Walt merangsang lagi populariti Mickey lalu menubuhkan Kelab Mickey Mouse yang pertama, disusuli kelab-kelab seumpamanya di beratus-ratus pawagam di seluruh Amerika Syarikat[3].

Penampilan komik sulung

Pada masa inilah Mickey sudah muncul dalam 15 buah filem pendek animasi yang berjaya, sekaligus mudah dikenali orang ramai. Jadi Walt Disney dihubungi King Features Syndicate dengan tawaran melesenkan Mickey dan watak-watak pembantunya sebagai bahan komik. Walt menerimanya maka Mickey mucnul dalam komik buat kali pertama pada 13 Januari 1930. Walt Disney sendiri diberi penghargaan kerana plot komik, Ub Iwerks plua untuk seninya dan pendakwatannya pula Win Smith. Minggu pertama komik ini melihatkan apa yang dikatakan bagaikan satu adaptasi Plane Crazy. Minnie menjadi watak pembantu pertama yang ditambah dalam komik. Komik-komik yang asalnya dikeluarkan antara 13 Januari dan 31 Mac 1930 pernah sekali-sekala dicetak semula dalam bentuk buku komik berjudul "Lost on a Desert Island".

Persembahan muzik klasik

Dalam animasi pula, dua buah lagi filem pendek Mickey dikeluarkan, bermula dengan The Barnyard Concert, pada 3 Mac 1930 yang menyaksikan Mickey memimpin orkestra. Persembahan Poet and Peasant (karya Franz von Suppé) mereka agak lucu; tetapi adalah diketahui bahawa sesetengah lelucon yang disaksikan sebenarnya diulang dari filem-filem sebelumnya. Filem kedua asalnya dikeluarkan pada 14 Mac 1930 bertajuk Fiddlin' Around tetapi sejak itu dinamakan semula menjadi Just Mickey. Kedua-dua judul ini menggambarkan secara tepat filem pendek ini yang menyaksikan Mickey mempersembahkan solo biola. filem ini dikenali kerana persembahan beremosi Mickey bagi finale William Tell Overture, Träumerei (Lamunan) karya Robert Schumann, dan Keghairahan Hungary No. 2 karya Franz Liszt.

Perginya pereka bersama dan kesannya

Filem-filem tadi diikuti Cactus Kid pada 11 April 1930. Seperti yang dibayangkan judulnya, filem ini dimaksudkan berbentuk parodi filem Western, tetapi dianggap ibarat pembikinan semula The Gallopin' Gaucho yang berlatarkan Mexico sebagai ganti Argentina. Mickey sekali lagi menjadi pengembara bersendirian yang memasuki tavern tempatan dan mula bermain cinta dengan penari di situ, iaitu Minnie sekali lagi. Lawan Mickey sekali lagi merupakan Pete yang kali ini menggelar dirinya Peg-Leg Pedro. Buat julung kalinya dalam filem pendek Mickey, Pete tampil berkaki kayu yang menjadi sifat lazim bagi watak ini. Burung rhea dalam Gaucho diganti oleh Horace Horsecollar, ini mungkin merupakan kemunculan bukan antropomorfik Horace yang terakhir. Filem ini dikatakan penting kerana menjadi filem pendek Mickey terakhir yang dianimasi Ub Iwerks.

Tidak lama sebelum keluarannya, Iwerks telah meninggalkan Studio untuk cuba mendirikan studio sendiri beliau. Hasil terulung usaha beliau sejak itu adalah siri Flip the Frog. Peninggalan Iwerks dikatakan menandakan satu titik peralihan pada kerjaya-kerjaya Walt Disney dan Mickey Mouse. Walt sudah kehilangan lelaki yang berfungsi sebagai rakan sekerja beliau yang paling rapat sejak tahun 1919. Mickey pula kehilangan lelaki yang bertanggungjawab atas rekaan asalnya serta pengarahan dan/atau animasi bagi sesetengah filem pendek yang dikeluarkan sehingga masa ini, sehingga ada yang kata bahawa Iwerkslah pencipta sebenar Mickey. Walt Disney dihargai kerana memberi ilham untuk mencipta Mickey, tetapi Iwerks pula orang yang mereka bentuk watak Mickey dan juga kartun-kartun Mickey Mouse terawal banyak dilukis oleh Iwerks sendiri. Maka itu, sesetengah sejarawan animasi mendakwa Iwerks sewajarnya dinamakan pencipta sebenar Mickey Mouse. Adalah ditunjukkan bahawa pengiklanan untuk kartun-kartun Mickey Mouse terawal diberikan penghargaannya sebagai "A Walt Disney Comic, drawn by Ub Iwerks". Sejak itu, terbitan-terbitan Syarikat Disney Company bagi kartun-kartun awal itu hanya diberi penghargaan kepada Walt Disney sahaja.

Disney dan semua pekerja beliau yang tinggal menyambung penerbitan siri Mickey, dan akhirnya beliau mampu mencari sebilangan animator untuk menggantikan Iwerks. Apabila Zaman Meleset berlanjutan dan Felix the Cat lenyap dari layar pawagam, nama Mickey makin meningkat, dan menjelang tahun 1932, Kelab Mickey Mouse sudah menikmati keahlian sejuta orang[4], disusuli Walt menerima anugerah Oscar istimewa kerana mereka Mickey Mouse; pada tahun 1935, Disney mula membubarkan Kelab Mickey Mouse kerana masalah pentadbiran[5]. Sungguhpun dibayangi filem-filem pendek Silly Symphonies berjudul The Three Little Pigs pada tahun 1933, Mickey masih mampu mempertahankan popularitinya di kalangan penonton sehingga tahun 1935, apabila hasil pantauan menunjukkan Popeye the Sailor lebih popular berbanding Mickey [6]. Menjelang tahun 1934, jualan cenderamata Mickey juga meraih kutipan $600,000.00 setahun.[7]. Pada tahun 1935, keluarnya kartun Mickey Mouse berlengkapkan Technicolor penuh yang sulung, berjudul The Band Concert, edaran United Artists. Pada tahun 1994, The Band Concert diundi sebagai kartun ketiga paling laris sepanjang zaman dalam satu undian yang disertai pakar animasi. Dengan membubuh warna dan mengubah sedikit rupa Mickey, Walt meletakkan Mickey di hadapan semula, dan Mickey turut mencapai tahap populariti yang tidak pernah dicapainya sebelum ini kerana para penonton makin tertarik olehnya[8]; pada tahun 1935, Walt juga menerima anugerah istimewa dari Liga Negara-negara kerana mencipta Mickey. Namun, pada tahun 1938, Donald Duck memintas Mickey, jadi perlulah Mickey direkabentuk sekali lagi[9]; rekabentuk semula dari tahun 1938 hingga 1940 juga meletakkan Mickey di kemuncak popularitinya sekali lagi[10]. Namun, selepas tahun 1940, populariti Mickey menjunam lagi[11], itupun watak ini terus membuat penampilan seperti biasa dalam filem pendek animasi sehingga tahun 1943 dan mulai tahun 1946 hingga tahun 1952.

Kemunculan dalam komik

Pada awal 1930, selepas pemergian Iwerk, Disney pada mula-mulanya berpuas hati dengan meneruskan penskripan komik Mickey Mouse dan menugasi Win Smith untuk melukis. Bagaimanapun, tumpuan Walt selama ini memang dalam animasi dan Smith tidak lama kemudian ditugasi juga untuk menulis skrip. Smith tidak berpuas hati dengan tanggungjawab yang diperluas itu dan meletakkan jawatannya dengan serentak.

Walt kemudian mencari-cari pengganti untuk Smith dalam kalangan kakitangan Studio. Atas alasan yang tidak dapat dipasti, beliau memilih Floyd Gottfredson, seorang pekerja yang baru. Pada masa itu, Floyd dilaporkan amat berminat akan animasi dan keberatan menerima tugas yang baru. Walt meyakinkan Floyd bahawa tugas itu adalah buat sementara sahaja dan Floyd akan dikembalikan ke bidang animasi kemudian. Floyd menerima tugas itu dan akhirnya, tugas "sementara" itu berlangsung antara 5 Mei 1930 hingga 15 November 1975.

Floyd pada mula-mulanya diperlukan untuk meneruskan jalan cerita pendahulunya yang telah dimulakan pada 1 April 1930. Jalan cerita itu disiapkan pada 20 September 1930 dan kemudian dicetak semula dalam bentuk buku komik sebagai Mickey Mouse in Death Valley. Percubaan awal itu menyumbangkan kepada perluasan barisan watak kartun yang sehingga itu hanya terdiri daripada Mickey dan Minnie. Cerita ini memperkenalkan Clarabelle Cow, Horace Horsecollar dan Black Pete, serta juga Sylvester Shyster, peguam yang korup, dan Mortimer Mouse, bapa saudara Minnie. Cerita itu diikuti oleh Mr. Slicker and the Egg Robbers yang dicetak buat pertama kali antara 22 September dan 26 Disember 1930. Ia memperkenalkan Marcus Mouse dan isterinya sebagai ibu bapa Minnie.

Versi animasi dan versi komik Mickey dianggap menyimpang antara satu sama lain mulai dengan dua cerita lerang komik yang awal itu. Sedangkan filem kartun Disney terus menumpukan komedi, lerang komik Disney menggabungkan unsur-unsur komedi dan pengembaraan. Versi pengembaraan Mickey itu kemudian diteruskan dalam lerang komik yang berikutan dan kemudiannya dalam buku komik pada sepanjang abad ke-20 dan abad ke-21.

Mickey merupakan watak utama dalam siri MM Mickey Mouse Mystery Magazine yang diterbitkan di Itali dari 1999 hingga 2001.

Rujukan

WikiPedia: Mickey_Mouse http://www.melbourne.vic.gov.au/rsrc/PDFs/Moomba/H... http://www.bcdb.com/bcdb/cartoon.cgi?film=15&m=r http://disney.go.com/disneyatoz/familymuseum/exhib... http://disney.go.com/disneyatoz/familymuseum/exhib... http://forums.goldenagecartoons.com/showthread.php... http://www.islandnet.com/~kpolsson/disnehis/disn19... http://www.justdisney.com/walt_disney/quotes/index... http://www.theoriginof.com/mickey-mouse.html http://www.toonopedia.com/mickey.htm http://www.toontracker.com/felix/felix.htm