Peranan Mickey_Mouse

Pelamar

The Barn Dance, julung kali dikeluarkan pada 14 Mac 1929, adalah yang terawal daripada filem pendek Mickey yang dikeluarkan pada tahun itu. Filem ini diarah oleh Walt Disney bersama Ub Iwerks sebagai ketua animator. Filem pendek ini terkenal kerana menyaksikan Mickey ditolak oleh Minnie yang sebaliknya memilih Pete, serta juga penampilan watak pete yang di luar kebiasaan; selama ini Pete disifatkan sebagai watak jahat yang ganas, di sini dia berwatakkan lelaki yang beradab. Tambahan pula, Mickey tidak digambarkan sebagai wira, sebaliknya sebagai pelamar muda yang tidak cekap. Apabila hampa dan menangis kerana gagal, Mickey kelihatan sangat beremosi dan lemah hati. Bagaimanapun, adalah dikatakan bahawa ini cuma bertujuan meraih empati penonton terhadap watak ini.

Sarung tangan

The Opry House yang julung kali dikeluarkan pada 28 Mac 1929, adalah filem pendek kedua yang dikeluarkan pada tahun itu. Filem ini buat julung kali melihatkan Mickey bersarung tangan. Semenjak itu Mickey selalu memakainya dalam penampilan seterusnya. Kononnya satu sebab sarung tangan ini dibubuh adalah untuk membolehkan penonton membezakan tangan-tangan watak apabila bersandar pada badan mereka, kerana kedua-duanya hitam (filem Mickey tidak berwarna sehinggalah keluarnya The Band Concert pada tahun 1935). Tiga batang garis hitam pada bahagian belakang sarung tangan adalah lisu pemadan pada fabrik sarung yang menganjur dari celah-celah jari tangannya, mencontohi reka bentuk sarung tangan kulit anak kambing pada masa itu.

Tikus biasa

When the Cat's Away yang keluar pada 18 April 1929, adalah filem pendek Mickey ketiga yang dikeluarkan pada tahun itu, dan pokoknya merupakan pembikinan semula salah sebuah Alice Comedies, iaitu Alice Rattled by Rats, yang prnah keluar sejak 15 Januari 1926. Kat Nipp muncul buat kali kedua, namun namanya diberi sebagai "Tom Cat" (kerana kucing ini jantan, dan tidak patut dikelirukan dengan watak utama siri Tom and Jerry). Dia digambarkan mabuk ketagih minuman beralkohol, kemudian meninggalkan rumahnya untuk memburu. Sewaktu tiada di rumah, sekawan tikus menyerang rumahnya untuk mencari makanan, termasuk Mickey dan Minnie, yang terus menjadikan himpunan ini sebagai parti. Filem ini ganjil kerana menggambarkan Mickey dan Minnie sama saiz dan serupa sifatnya dengan tikus biasa. Selalunya Mickey dan Minnie bersaiz manusia pendek. Selain itu, adalah diketahui bahawa oleh sebab filem ini dihasilkan semasa zaman Larangan (larangan terhadap penjualan minuman beralkohol dari tahun 1920 hingga 1933), maka minuman-minuman beralkohol ini mungkin sekali hasil pengedaran arak haram.

Dalam babak-babak live-action dalam filem The Hot Choc-late Soldiers dari tahun 1934, Mickey Mouse yang dianimasi kelihatan bersaiz tikus biasa berinteraksi dengan Jimmy Durante.

Askar

Filem pendek Mickey yang seterusnya juga dianggap ganjil, iaitu The Barnyard Battle, keluaran 25 April 1929 yang terkenal sebagai filem pertama yang menyaksikan Mickey menjadi askar dan berada dalam pertempuran.

Rujukan

WikiPedia: Mickey_Mouse http://www.melbourne.vic.gov.au/rsrc/PDFs/Moomba/H... http://www.bcdb.com/bcdb/cartoon.cgi?film=15&m=r http://disney.go.com/disneyatoz/familymuseum/exhib... http://disney.go.com/disneyatoz/familymuseum/exhib... http://forums.goldenagecartoons.com/showthread.php... http://www.islandnet.com/~kpolsson/disnehis/disn19... http://www.justdisney.com/walt_disney/quotes/index... http://www.theoriginof.com/mickey-mouse.html http://www.toonopedia.com/mickey.htm http://www.toontracker.com/felix/felix.htm