Penerangan Mikoyan_MiG-35

Reka bentuk

Perubahan ketara radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) Phazotron Zhuk-AE, enjin RD-33MK dan Sistem Pengesan Optikal (OLS) baharu.[2][3][4] Selain itu, peranti elektronik analog dalam kokpit dikurangkan.

Enjin

Enjin RD-33MK "Morskaya Osa" (bahasa Rusia: Морская Оса) yang bermaksud "penyengat laut" telah diubahsuai. Ini merupakan versi terbaru RD-33 dan mempunyai 7% lebih kuasa jika dibandingkan model prototaip disebabkan penggunaan teknologi moden dalam sirip penyejuk di mana menghasilkan tujahan sebanyak 9,000 kg. Enjin baharu ini juga kurang mengeluarkan asap dan dimuatkan dengan nozel tujahan vektor bagi meningkatkan keberkesanan pertempuran sehingga 15%.[5][6]

Kokpit

Peranti elektronik analog dikurangkan dan digantikan dengan 3 paparan hablur cecair (LCD) sama saiz, paparan pelbagai fungsi (MDF) dan paparan tambahan untuk OLS (bahagian belakang kokpit MiG-35D mempunyai 4 LCD).

Penderia

Pengubahsuaian baharu termasuk radar Jujukan Pengimbas Elektronik Aktif (AESA) Phazotron Zhuk-AE boleh golek dan optronik kompleks yang terdiri daripada reka bentuk OLS baharu bagi menggantikan penderia inframerah jejak dan cari (IRST) terdahulu, OLS tambahan di bawah tempat masuk udara di sebelah kanan dan sepasang pengesan pemancaran laser yang terletak di hujung sebelah atas setiap sayap.

Radar AESA baharu menawarkan jarak frekuensi operasi yang lebih luas serta mampu menipu radar musuh dan berkebolehan untuk menghadapi serangan serentak. Penggabungan teknologi angkasa lepas iaitu OLS dengan topi keledar yang mempunyai sistem sasaran terbina dalam menghasilkan titik sasaran udara mahupun darat yang lebih tepat.

Perbezaan utama daripada penderia IRST terdahulu ialah pemasangan peranti baharu yang bukan sahaja menyediakan jarak operasi yang lebih baik malah menawarkan paparan bersuis sama ada pandangan inframerah, mod TV atau gabungan kedua-duanya sekali. OLS di bahagian atas muncung berfungsi sebagai IRST manakala OLS di bawah tempat masuk udara di sebelah kanan berfungsi sebagai penanda sasaran serangan darat (ground strike designator).

Rujukan

WikiPedia: Mikoyan_MiG-35 http://www.aviapedia.com/category/fighters/mig-35/ http://www.aviapedia.com/fighters/klimov-fighter-e... http://www.aviapedia.com/files/books/PhazotronMagA... http://www.aviapedia.com/video/new-mig-35-ols-vide... http://www.fas.org/man/dod-101/sys/ac/row/mfi.htm http://www.globalsecurity.org/military/world/russi... http://en.klimov.ru/production/aircraft/RD-33-fami... http://en.klimov.ru/production/aircraft/RD-33MK/ http://en.klimov.ru/production/aircraft/tvn/ http://www.migavia.ru/eng/military_e/MiG_35_e.htm