Miriam_Defensor_Santiago
Miriam_Defensor_Santiago

Miriam_Defensor_Santiago

Dr. Miriam Palma Defensor Santiago, LLM, JSD, RMA (15 Jun 1945 – 29 September 2016) adalah seorang peguam, profesor, hakim, ahli falsafah, pengarang, dan negarawan Filipina yang berkhidmat di ketiga-tiga cabang kerajaan Filipina: pengadilan, eksekutif, dan perundangan. Beberapa pusat pendidikan beliau ialah Universiti Filipina, Universiti Michigan, Universiti Oxford, Sekolah Teologi Maryhill, Universiti California, Universiti Harvard, dan Universiti Cambridge. Defensor Santiago dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 Wanita Paling Berkuasa di Dunia pada tahun 1997 oleh majalah The Australian.[1] Beliau merupakan ahli senator Filipina yang lama berkhidmat.Pada tahun 1988, Santiago dianugerahkan Anugerah Ramon Magsaysay kerana beliau menjadi "pemimpin yang berani dan bermoral dalam membersihkan badan pemerintahan yang penuh dengan rasuah."[2][3][4][5] Beliau juga sebagai calon presiden dalam pilihan raya 1992. Meskipun kalah, diduga telah terjadi kecurangan dalam pilihan raya tersebut, sehingga kenyataan "Miriam menang dalam pilihan raya, tetapi kalah dalam pungutan suara" menjadi kenyataan yang popular.[6]Santiago menjadi Senator Filipina pada tahun 1995 dan lalu maju lagi sebagai calon presiden dalam pilihan raya 1998, tetapi gagal lagi setelah dihujani oleh kempen hitam. Beliau meneruskan kerjayanya sebagai senator dan membongkar skandal penipuan Dana Bantuan Pembangunan Keutamaan.Pada tahun 2012, Santiago menjadi orang Filipina pertama yang terpilih sebagai hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa.[7][8] Beliau kemudiannya jatuh sakit, dan disahkan menghidap kanser paru-paru.[9][10] Pada tahun 2016, beliau menjadi anggota Dewan Penasihat Antarabangsa Pertubuhan Pembangunan Undang-Undang Antarabangsa (IDLO).[11][12]Santiago telah menjawat sebagai Senator Filipina sebanyak 3 kali. Pada 13 Oktober 2015, Santiago kembali maju sebagai calon presiden untuk pilihan raya 2016 setelah doktornya dari Amerika menyatakan bahwa kesihatannya sudah stabil, tetapi beliau tewas lagi. Setelah meninggal dunia, para penyokongnya menyatakan bahawa beliau merupakan "presiden terbaik yang tidak pernah kita miliki".[13][14]

Miriam_Defensor_Santiago

Lahir Miriam Palma Defensor
(1945-06-15)15 Jun 1945
Bandar Iloilo, Komanwel Filipina
Tempat persemadian Loyola Memorial Park, Marikina, Filipina
Didahului oleh Philip Juico
Alma mater UP Visayas
UP Diliman
Universiti Michigan
Sekolah Teologi Maryhill
Digantikan oleh Florencio Abad
Pasangan Narciso Santiago (k. 1971)
Dicalonkan oleh Filipina
Parti politik Parti Reformasi Rakyat
Profesion
Sebab kematian Kanser paru-paru
Anak-anak 2
Meninggal dunia 29 September 2016(2016-09-29) (umur 71)
Taguig, Filipina
Laman sesawang miriam.com.ph
Presiden Corazon Aquino

Rujukan

WikiPedia: Miriam_Defensor_Santiago http://news.abs-cbn.com/halalan2016/focus/05/04/16... http://news.abs-cbn.com/nation/06/20/11/miriam-bac... http://news.abs-cbn.com/news/09/29/16/miriam-defen... http://news.abs-cbn.com/news/11/29/16/miriam-defen... http://news.abs-cbn.com/video/news/10/02/16/watch-... http://atimes.com/atimes/Southeast_Asia/DI13Ae02.h... http://www.gmanetwork.com/news/story/583404/news/n... http://investvine.com/airasia-chiefs-futile-bid-to... http://kickerdaily.com/posts/2016/09/granting-wish... http://www.philstar.com/headlines/2016/01/23/15453...