Misteri Dilaila

Misteri Dilaila ialah sebuah filem seram thriler psikologi Malaysia 2019 arahan Syafiq Yusof.[1] Ia mengisahkan pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila yang bercuti di Bukit Fraser, Pahang, tetapi percutian itu bertukar menjadi satu misteri apabila Dilaila hilang dan Jefri menghubungi polis untuk mengesan isterinya.[2] Filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor, Namron dan Sasqia Dahuri.[3]Filem ini ialah terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw sejak Abang Long Fadil 2 (2017). Penggambaran dijalankan pada Mac 2018 di Bukit Fraser, Pahang dan berakhir pada Mei 2018, filem ini ditayangkan pada 21 Februari 2019.[4] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM9.4 juta.[5][6] Misteri Dilaila mencipta sejarah dalam industri filem negara dengan menjadi filem Malaysia pertama dengan dua versi penamat berbeza.[7][8]

Misteri Dilaila

Disunting oleh Syafiq Yusof
Penerbit Yusof Haslam
Khairul Anuar Salleh (eksekutif)
Pecah panggung RM 9.4 juta
Tempoh tayangan
  • 81 minit (versi 1)
  • 82 minit (versi 2)
Perbelanjaan RM 2.2 juta
Syarikatpenerbitan
Lakon layar oleh Syafiq Yusof
Negara Malaysia
Penulis Syafiq Yusof
Mula ditayangkan
  • 21 Februari 2019 (Malaysia)
  • 15 Mac 2019 (Indonesia)
Dibintangi oleh
Muzik oleh
  • Ken Hor
  • Lo Shi Seng
Sinematografi Indra Che Muda
Bahasa
Pengarah Syafiq Yusof

Rujukan

WikiPedia: Misteri Dilaila http://www.astroawani.com/berita-hiburan/misteri-d... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/misteri-d... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/misteri-d... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/rupa-rupa... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/misteri-... http://www.astroawani.com/video-hiburan/misteri-di... http://www.gempak.com/artikel/15632/misteri-dilail... http://www.gempak.com/artikel/16019/misteri-dilail... http://www.imdb.com/title/tt9820594/ http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/62...