Jenis Mitos_penciptaan

Ex nihilo

Rencana utama: Ex nihilo
Penciptaan, c. 1896-1902, oleh James Tissot, di Muzium Yahudi ("Jewish Museum") (New York)

Penciptaan ex nihilo (Latin "dari tiada"), juga dikenali sebagai "penciptaan de novo", adalah mitos penciptaan paling biasa. Penciptaan Ex nihilo terdapat dalam banyak kisah penciptaan dari Mesir Kuno, Rig Veda, Injil dan Al-Quran, dan banyak budaya animistik di Afrika, Asia, Oceania dan Amerika Utara.[14] Perdebatan antara biri-biri dan bijirin adalah contoh bentul lebih awal bagi mitis penciptaan ex nihilo oleh orang-orang Sumarian Kuno.[15] Dalam kebanyakan kisah ini dunia dicipta melalui pertuturan, mimpi, nafas, atau fikiran semata-mata oleh pencipta tetapi sesetengah penciptaan ex nihilo mungkin juga terhasil dari kumuhan badan pencipta. Terjemahan harafiah bagi farsa ex nihilo adalah "dari tiada apa" tetapi dalam banyak mitos penciptaan garis ini kabur samaada tindakan kreatif lebih baik dikelaskan sebagai penciptaan ex nihilo penciptaan dari kucar-kacir. Dengan ex nihilo, potensi dan bahan ciptaan wujud dari dalam pencipta. Pencipta sedemikian mungkin atau mungkin tidak wujud dalam persekelilingan fizikal seperti kegelapan atau air, tetapi tidak mencipta dunia darinya. Dalam penciptaan dari kucar-kacir bahan yang digunakan bagi penciptaan adalah pra-wujud dalam ruang yang belum dibentuk.[16]

Dalam mitos Greek, Dewi Nyx berdiri semasa atau hampir permulaan penciptaan.

Penciptaan daripada kaos

Rencana utama: Kaos

Dalam mitos penciptaan daripada kaos, dimulakannya dengan sekadar bentangan yang tiada bentuk dan rupa. Dalam kisah-kisah sebegini, perkataan "kaos" bererti "huru-hara", dan bentangan yang tiada bentuk ini yang dikenali sebagai 'kekosongan', mengandungi bahan-bahan untuk membentuk dunia fana. Kaos boleh dikatakan setekal wap atau air, tiada matra, dan adakalanya masin atau berlumpur. Mitos-mitos sedemikian mengaitkan huru-hara dengan kejahatan dan ketidaksedaran, berbanding dengan "ketenteraman" (kosmos) iaitu pihak yang benar. Tindakan penciptaan ini merupakan penenteraman daripada huru-hara, dan juga dipercayai oleh sesetengah budaya bahawa pada suatu masa akan datang, kuasa-kuasa yang memelihara ketenteraman dan bentuk akan kian lemah dan dunia sekali lagi akan tersungkur ke dalam kekosongan.[17]

Ibu bapa dunia

Terdapat dua jenis mitos ibu bapa dunia, kedua-duanya menggambarkan pemisahan atau penceraian entiti awalan ("primeval entity"), ibu bapa dunia. Satu bentuk menggambarkan keadaan awalan sebagai penyatuan selamanya ibu-bapa, dan penciptaan terhasil apabila keduanya dipisahkan. Dua ibu bapa yang biasa dikenal-pasti adalah Langit (biasanya jantan) dan Bumi (biasanya betina) yang dalam keadaan awalan terikat begitu kuat sehinggakan tiada keturunan mampu muncul. Mitos sebegini sering kali menggambarkan penciptaan sebagai hasil hubungan seksual, dan bertindak sebagai rekod genealogikal pada dewa yang terhasil darinya.[18]

Dalam bentuk kedua mitos ibu bapa, pencipta itu sendiri wujud dari bahagian terpisah dari tubuh kewujudan awalan ("primeval being"). Sering kali dalam kisah ini kaki tangan, rambut, darah, tulang atau organ kewujudan awalan entah bagaimana terpisah atau dikorbankan bagi membentuk langit, bumi, haiwan, atau tumbuhan, dan lain-lain ciri keduniaan. Mitos ini cenderung menekankan kuasa penciptaan sebagai bersifat animistik dan bukannya seksual, dan menggambarkan kesucian sebagai asas dan komponen penting bagi dunia semulajadi.[19]

Kemunculan

Dalam mitos kemunculan, kemanusiaan muncul dari dunia lain ke dalam dunia yang didiami mereka sekarang. DUnia sebelumnya sering kali dianggap ibu bumi, dan proses kemunculan sering kali disamakan dengan tindakan melahirkan anak. Peranan bidan sering kali dilaksanakan oleh dewi, seperti wanita labah-labah dalam mitos orang asli Amerika Utara. Watak lelaki jarang terbit dalam kisah ini, dan para sarjana sering mengangapnya sebagai titik tangkis kepada mitos penciptaan kearah lelaki, seperti variasi ex nihilo.[3]

Mitos kewujudan biasanya menggambarkan penciptaan manusia dan/atau makluk luar biasa sebagai peningkatan disengajakan atau perubahan ("metamorfosis") dari bentuk yang nasen melalui serantaian alam bawah tanah untuk muncul dalam tempat dan bentuk semasanya. Selalunya, peralihan dari satu dunia ke dunia yang satu lagi didoroang oleh daya dalaman, iaitu suatu proses percambahan atau gestasi darida bentuk terawal yang seakan-akan embrio.[20][21] Genre ini paling banyak dijumpai dalam kebudayaan Pribumi Amerika yang mana mitos-mitos itu sering mengaitkan kemunculan akhir kaum manusia daripada lubang dari alam bawah tanah dengan kisah-kisah penghijrahan dan pendudukan mereka di tempat asal mereka sekarang.[22]

Penyelam bumi

Penyelam bumi merupakan watak yang sering diperkatakan dalam pelbagai mitos penciptaan. Dalam cerita sebegini, sesuatu makhluk agung menghantar seekor haiwan ke dalam perairan asal untuk mencari cebis-cebisan pasir atau lumpur untuk dijadikan bahan-bahan pembinaan tanah yang boleh diduduki. Sesetengah sarjana mentafsirkan mitos-mitos ini dari segi psikologi manakala yang lain pula berbuat demikian secara kosmogoni. Apa-apa pun, penekanan diberikan kepada permulaan yang datang daripada perairan yang dalam.[23] Mitos penciptaan "penyelam bumi" sering ditemui dalam cerita rakyat Pribumi Amerika tetapi juga diketahui di kalangan tradisi Chukchi, Yukaghir, Tatar dan Fino-Ugrik. Pola taburan kisah-kisah ini menunjukkan bahawa mereka berkongsi asal-usul dalam kawasan pantai Asia timur dan tersebar luas oleh mereka yang berhijrah ke barat hingga Siberia dan ke timur sehingga benua Amerika Utara.[24]

Bak kebanyakan mitos Pribumi Amerika, kisah mitos penyelam bumi bermula dengan makhluk-makhluk yang tidur dalam alam primordial. Penyelam bumi ini adalah antara makhluk-makhluk pertama yang terjaga dan menyediakan asas yang perlu dengan membina tanah yang sesuai untuk didiami oleh ciptaan akan datang. Selalunya, kisah-kisah ini turut memerikan cubaan demi cubaan gagal untuk membina daratan sebelum berjaya jua.[25]

Rujukan

WikiPedia: Mitos_penciptaan http://www.aldokkan.com/religion/creation.htm http://search.eb.com/eb/article-9108748 http://books.google.com/?id=3WwqAAAAMAAJ&pg=PA651#... http://books.google.com/?id=8w8oAAAAYAAJ&pg=PA595#... http://books.google.com/books?id=q_Gqxe2ZDqkC http://books.google.com/books?id=sMj1tyho3CoC&pg=P... http://books.google.com/books?id=zLxBQrY6inEC http://www.oxfordreference.com/views/ENTRY.html?su... http://www.pitt.edu/~dash/creation.html http://www.wsu.edu/~delahoyd/creation.populvuh.htm...