Politik Mohamed_Noah_Omar

Ketika menjadi Majistret di Batu Pahat pada 1959, beliau telah bersama-sama dengan Dato' Onn Jaafar bermesyuarat untuk menubuhkan UMNO pada awal November 1945.

Beliau bersama Dato' Onn Jaafar - Pegawai Daerah Batu Pahat, Tan Sri Anwar Abdul Malek, Syed Alwi al-Hadi dan Syed Abdul Rahman Abu Bakar membentangkan kertas putih - mencadangkan penubuhan UMNO. Anwar Malek adalah Setiausaha Sulit Onn Jaafar yang juga sepupu kepada Mohamed Noah. Perbincangan telah diadakan di rumah Noah di Jalan Sultanah, Batu Pahat.[4] Zainah Anwar dari Sisters in Islam telah menulis hal ini dalam bukunya bertajuk Legacy of Honour.

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Tetap UMNO pada 1951-1959 dan kemudian meletakkan jawatan kerana menjadi calon Pilihan raya umum Malaysia 1959.

Sebagai peguam / majistret dan berjuang menentang Malayan Union, beliau diberi kepercayaan bertanding di Johor Bahru Timur, Johor mewakili Parti Perikatan / UMNO dalam Pilihan raya umum Malaysia 1959.