Kerjaya Mohd_Irwan_Serigar_bin_Abdullah

Kerjaya awal

Mohd. Irwan Serigar memulakan kerjaya dalam sektor awam di Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1984. Jawatan beliau pada ketika itu ialah sebagai Penolong Pengarah dari tahun 1984 hingga 1986. Kemudian beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Industri, Unit Perancang Ekonomi dari 1986 hingga 1987. Pada 1987 hingga 1998, beliau menjadi Penolong Kanan Pengarah Bahagian Tenaga. Bermula pada 1999, beliau bertugas sebagai Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi. Pada 2003 pula, beliau menyertai Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa, Kementerian Kewangan sebagai Ketua Penolong Setiausaha. Dari tahun 2004 hingga 2006, Irwan Siregar dilantik menjadi Ketua Seksyen Ekonometrik, Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan, seterusnya diangkat memegang amanah sebagai Ketua Hubungan Multi Lateral di bahagian yang sama pada 2006. Kerjaya beliau diteruskan dengan memegang peranan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) pada 2011 dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan pada 2012.

Mohd. Irwan Siregar turut berkhidmat sebagai Pengarah Felda Global Ventures Holdings Berhad dari 29 November 2012 hingga 16 Julai 2013; Pengarah Bukan Eksekutif di Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.; Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif di Padiberas Nasional Bhd. dari 26 Ogos 2011 hingga April 2013. Beliau juga diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif di AmanahRaya-JMF Asset Management Sdn. Bhd. dan Pengurus Tabung Amanah Pelaburan Hartanah AmanahRaya sejak 29 November 2007. Selain terlibat dengan pengurusan amanah di AmanahRaya, beliau juga menjadi salah seorang pemegang amanah dalam Yayasan Ekuiti Nasional.[3]

Beliau juga merupakan setiausaha umum bendahari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).[4]

Kerjaya semasa

Pada bulan April 2016, The Wall Street Journal dan Reuters meramalkan Mohd. Irwan Siregar bakal menggantikan Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabernor Bank Negara Malaysia (BNM).[5][6] Mohd. Irwan Siregar ialah Pengerusi dan ahli panel pelaburan di Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) sejak 24 Ogos 2012. Beliau juga menjadi ahli Kumpulan Strategi Lautan Biru (NBOS) di Unit Perancang Ekonomi, Jawatankuasa Pemandu Projek Pembelajaran Berasaskan PRO3 di Jerman-Malaysia Institut (GMI) juga Jawatankuasa Pemandu IPU Strategik dan Panel Perancangan Strategik di Kementerian Kewangan. Beliau pernah dijemput sebagai salah seorang Ketua Pegawai Eksekutif dalam Program CEO@Fakulti oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang dihoskan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sepanjang 2015-2016.[7] Semasa era kepimpinannya di Kementerian Kewangan, Malaysia mendapat pengiktirafan dalam Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia 2017-2018.[8] Pada bulan Mei 2017, beliau diberi peranan menerajui TRX City dan Bandar Malaysia.[9]

Di bawah tadbir urus Mohd. Irwan Serigar sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan melaksanakan pelbagai inisiatif seperti Transformasi Nasional 2050 dan Kawal Selia Sandbox Negara.[10] Pada 8 Februari 2018, Mohd. Irwan Serigar melalui MaGIC melaksanakan satu lagi inisiatif dengan rakan-rakan kongsinya, merintis gerakan Keusahawanan Penyertaan Sosial dan Dinamik Malaysia (MasSIVE). Antara rakan kongsi MaGIC ialah Impact4Humanity, iM4U, myHarapan, Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Yayasan Hasanah, eFM, dan ngohub.asia.[11]

PertubuhanJawatanTahun (Mula Berkhidmat)
Bank Pembangunan Islam (IDB)Pengarah Eksekutif
Malaysia Airlines
Malaysian Airline System Berhad (MAS)
Pengarah Bukan Bebas Bukan EksekutifOgos 2015
Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Pension fund (Malaysia)
Pengerusi Lembaga dan Ahli Panel Pelaburan1 Mac 2016
Petronas
Petroliam Nasional Berhad
PengarahNovember. 2012
Cyberview Sdn. Bhd (Cyberjaya)Pengerusi Lembaga2012
Universiti Malaysia KelantanAhli Lembaga Pengarah
Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaAhli Lembaga Pengelola

Mass Rapid Transit Corporation
(MRT Corp)

Pengarah
Khazanah NasionalAhli Lembaga Pengarah23 Jun 2015
1MDBPengerusi Lembaga.[12][13]24 Ogos 2012
Permodalan Nasional Berhad (PNB)Ahli Lembaga Pengarah
Lembaga Tabung Haji (TH)Ahli Lembaga Pengarah.[14]
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)Pengerusi
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia - (PIDM)[15]Ahli ex-officioOctober 2012
Govco Holding Berhad[16]Ahli Lembaga Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)[16]Ahli Lembaga Pengarah

Rujukan

WikiPedia: Mohd_Irwan_Serigar_bin_Abdullah http://www.4-traders.com/business-leaders/Mohammad... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.malaysiandigest.com/features/600788-the... http://www.theborneopost.com/2012/10/19/newly-appo... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/magic-jadi... http://www.treasury.gov.my/index.php/profil-kement... http://ceo.myain.my/ceo/193 http://www.thesundaily.my/news/2017/09/28/rating-d...