Mohd_Irwan_Serigar_bin_Abdullah
Mohd_Irwan_Serigar_bin_Abdullah

Mohd_Irwan_Serigar_bin_Abdullah

Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar bin Abdullah (lahir 7 Mac 1957) berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan Malaysia sejak 2011. Ramai mengenalinya sebagai Pengerusi Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan pengasas merangkap penaung kepada Pergerakan Keusahawanan Global (GEM), sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menjadi platform perangkaian dalam kalangan usahawan.[1][2]Mohd Irwan Serigar telah menerima pelbagai anugerah dan darjah kebesaran pada peringkat kebangsaan dan negeri termasuk Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Peringkat Kedua, Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri; Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.), dan Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (D.P.S.K.)Selain itu, Mohd. Irwan Serigar juga memegang portfolio Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Bank Negara Malaysia dan Pengarah Eksekutif di Universiti Putra Malaysia (UPM), Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) Malaysia serta Pendinginan Megajana Sdn. Bhd. Sebelum itu beliau pernah ditugaskan sebagai Timbalan Setiausaha Rendah di Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa di Kementerian Kewangan pada 2007 dan Setiausaha Rendah di bahagian yang sama pada 2008.

Rujukan

WikiPedia: Mohd_Irwan_Serigar_bin_Abdullah http://www.4-traders.com/business-leaders/Mohammad... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.malaysiandigest.com/features/600788-the... http://www.theborneopost.com/2012/10/19/newly-appo... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article... http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/magic-jadi... http://www.treasury.gov.my/index.php/profil-kement... http://ceo.myain.my/ceo/193 http://www.thesundaily.my/news/2017/09/28/rating-d...