Legasi Mona_Fandey

Mona Fandey mendapat perhatian sekalipun ketika itu beliau masih seorang penyanyi pop. Terdapat juga liputan media tempatan dan antarabangsa yang meluas serta perhatian umum mengenainya. Sebuah pergerakan anti-hukuman mati, Amnesty International telah menyuarakan bantahan mereka terhadap penggantungan Mona, suaminya Affandi dan pembantu mereka, Juraimi. [9] Pada 2002, pengarah filem Amir Muhammad mengarahkan filem pendek bertajuk Mona yang diterbitkan dalam 6 siri filem pendek.

Pada 2006, sebuah filem arahan Dain Iskandar Said yang bertajuk Dukun yang berdasarkan kisah Mona Fandey. Filem ini tidak ditayangkan setakat Disember 2011 dan tidak sesuai ditayangkan kepada umum berikutan beberapa isu seperti kandungan dalam filem, perhubungan dengan Mona Fandey dan implikasi terhadap waris dan keluarganya.[10] Namun, ia telah ditayangkan kepada umum pada 5 April 2018.[11][12]

Kes Mona Fandey merupakan salah satu perbicaraan juri yang terakhir dijalankan di Malaysia. Sifat sensasi kes itu lebih menyumbang ke arah keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan sistem juri. Semua perbicaraan oleh pihak juri telah dimansuhkan pada 1 Januari 1995.

Rujukan

WikiPedia: Mona_Fandey http://findarticles.com/p/articles/mi_m0WDQ/is_200... http://www.geocities.com/richard.clark32@btinterne... http://www.rojakdaily.com/lifestyle/article/4750/w... http://says.com/my/entertainment/dukun-movie-inspi... http://thestaronline.com/news/story.asp?file=/2007... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Sunday/Nati... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/6/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/7/... http://web.amnesty.org/library/Index/ENGASA2800420... http://www.capitalpunishmentuk.org/fandey.html