Deskripsi Monyet

Marmoset Goeldi (Callimico goeldii)

Monyet terdapat dalam pelbagai besar kecilnya dari marmoset pigmi yang sekecil 117 milimeter (4.6 in) dengan ekor sepanjang 172-milimeter (6.8 in) dan beratnya hanya dekat 100 gram (3.5 oz),[2] hinggalah sebesar mandril jantan yang memanjang sehingga 1 meter (3.3 ka) dengan berat sebanyak 36 kilogram (79 lb).[3] Ada yang hidup di atas pokok dan ada lagi yang hidup di atas tanah. Setiap spesies mengamalkan pemakanan yang berbeza tetapi lazimnya terdiri daripada buah-buahan, dedaun, kekeras, bunga, telur dan haiwan kecil termasuk serangga.[4]

Terdapat persamaan dan perbezaan ciri-ciri sesama kedua-dua kelompok. Kebanyakan monyet Dunia Baru mempunyai ekor yang boleh memaut sedangkan monyet Dunia Lama rata-ratanya mempunyai ekor yang tidak boleh memaut ataupun langsung tidak kelihatan ekor. Monyet Dunia Lama berpenglihatan warna trikomasi seperti manusia, sedangkan monyet Dunia Baru pula berbagai-bagai dengan trikromasi, dikromasi, atau monokromasi. Biarpun semua monyet mempunyai mata yang memandang ke depan seperti mawas, tetapi berlainan pula bentuk muka antara Dunia Lama dan Dunia Baru, namun begitu itu pun terdapat persamaan ciri-ciri seperti bentuk hidung, pipi dan punggung.[4]

Berkaitan