Monyet
Monyet

Monyet

Dalam ilmu sains, monyet merupakan rumpun primat haplorin ("berhidung kering"), iaitu rumpun yang umumnya berekor dan terdiri dan terdiri daripada 260 spesies yang wujud masa kini. Kebanyakan spesies monyet mendiami pokok, tetapi ada juga spesies yang hidup bertumpukan tanah seperti babun. Kebanyakan spesiesnya juga aktif pada waktu siang (diurnal). Monyet umumnya disifatkan sebagai cerdas, terutamanya yang hidup di Dunia Lama.Lemur, kongkang, dan galago adalah primat berekor yang tidak digelar monyet, sebaliknya merupakan primat strepsirin ("berhidung lembap"). Tarsier juga adalah primat haplorin seperti monyet, tetapi bukan monyet juga. Monyet terdiri daripada dua golongan, iaitu monyet Dunia Baru (platirin) dari benua Amerika Tengah dan Selatan, dan monyet Dunia Lama (katarin dari superfamili Cercopithecoidea) dari Afrika dan Asia. Mawas hominoid (ungka, orangutan, gorila, cimpanzi dan manusia) yang semuanya tidak berekor juga dikira katarin tetapi tidak dikira monyet.[1] Makhluk simian ("monyet") dan tarsier muncul dalam rumpun haplorin sekitar 60 juta tahun dahulu. Monyet Dunia Baru dan monyet katarin pula muncul dalam rumpun simian sekitar 35 juta tahun dahulu. Monyet Dunia Lama dan Hominoidea pula menurun dari monyet katarin sekitar 25 juta tahun dahulu.

Berkaitan