Morhabshi
Morhabshi

Morhabshi

Commiphora momolMorhabshi (juga dieja Morhabsyi), Morha atau Maruha (bahasa Inggeris: Myrrh) adalah bahan resin merah keperangan, getah kering pokok Commiphora myrrha, tempatan di Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh)), C. opobalsamum dan Balsamodendron kua. Namanya memasuki bahasa Inggeris melalui bahasa Yunani (Ancient Greek), μύρρα, yang kemungkinannya berasal dari Semitic. Morhabahi turut digunakan pada potherb Myrrhis odorata atau turut dikenali sebagai "Cicely" atau "Sweet Cicely".Kualiti morhabshi dapat dikenali melalui kegelapan warna dan kejernihan resin yang dihasilkan. Bagaimanapun, kaedah terbaik menilai kualiti resin ini adalah merasakan kelekitan bahagian yang baru dipatahkan untuk menentukan secara langsung kandungan minyak harum resin ini. Bau resin morhabshi mentah dan minyak pentingnya yang baru adalah menusuk, seperti pahit dan secara kasar boleh digambarkan sebagai "stereotypically resinous". Apabila dibakar, ia menghasilkan asap yang berat, pahit dan agak berfenol baunya, yang mungkin bercampur sedikit seakan keharuman vanila. Tidak seperti resin lain, morhabshi "mengembang" apabila ia dibakar dan tidak cair atau lembik.Morhabshi merupakan asas minyak wangi dan setanggi, oleh itu ia begitu dihargai pada zaman kuno dan sering kalinya bernilai lebih mahal daripada emas yang sama berat. Pada zaman Rom Kuno, ia bernilai lima kali ganda berbanding kemenyan, sungguhpun bahan tersebut dianggao lebih popular. Bahan ini dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat yang hangus selepas melalui upaca pembakaran mayat. Ada khabar yang dihebahkan ketika zaman Maharaja Nero mengatakan bahawa baginda membakar setahun nilai morhabshi pada pengkuburan isterinya Poppaea.