Pengunaan Morhabshi

Perubatan tradisional

Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur untuk menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah (luar), kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya. Campuran ini juga dikatakan dapat menghentikan pendarahan luar.

Dalam perubatan tradisional Cina, morhabshi disifatkan pahit, pedas, bersuhu neutral serta menjejaskan jantung, hati, hempedu dan alat-alat sulit. Ia digunakan dalam cara yang sama seumpama kemenyan, di mana ia turut dicampurkan bersama setanggi. Morhabshi dianggap lebih melancarkan peredaran darah manakala kemenyan cenderung melancarkan peredaran qi, oleh itu ia lebih sesuai digunakan bagi merawat penyakit radang sendi. Ia merupakan salah satu pembasmi kuman semulajadi yang paling berkesan. Ia meningkatkan peredaran darah, fungsi jantung serta kekuatan badan. Ia juga dinaggap berguna untuk amenorrhea, dysmenorrhea, menopaus dan ketumbuhan rahim kerana ia menyingkirkan darah "bertakung" daripada uterus. Penggunaan luarannya membantu melegakan sakit gigi. Campuran bersama biji pic dan kesumba dikatakan berguna merawat stomatitis, gingivitis and laringitis.[4]

Kebudayaan

Dalam kebudayaan Melayu, bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk halus. Di Malaysia, khasiat morhabshi lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India berbanding Melayu. Dalam masyarakat Melayu getah daripada pohon morhabshi ini dikenali sebagai 'kemenyan bunian'.