Pendidikan Muhammad_Hazamin_bin_Harun

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Bahagia, Temerloh (1987-1992), sebelum memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Wusto, Temerloh (1993-1994). Beliau kemudian memasuki Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh (1994-1996), dan kemudiannya Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan (1996-1997).

Beliau telah melanjutkan pendidikan peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik.[3]