Muhammad_Jailani_Khamis

Datuk Muhammad Jailani bin Khamis adalah ahli politik Malaysia dan kini bertugas sebagai EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.Jailani sebelum ini merupakan pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat dari gabungan Pakatan Harapan yang memenangi Pilihan raya umum Malaysia 2018 bagi negeri Melaka.Beliau bersama Datuk Norhizam Hassan Baktee dari Parti Tindakan Demokratik dalam gabungan sama telah mengambil keputusan untuk keluar parti masing-masing dan menyokong kerajaan campuran Barisan Nasional dan Perikatan Nasional di Melaka.Mereka berdua memutuskan untuk jadi ahli Dewan Undangan Negeri Melaka secara Bebas tetapi menyokong kerajaan negeri yang sedia ada.[1]Pada tahun 2021, Jailani telah menyertai UMNO semula selepas meninggalkannya pada tahun 2016 lalu dan pada persidangan UMNO Bahagian Alor Gajah, Jailani telah dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah, Melaka.[2]

Muhammad_Jailani_Khamis

Lahir (1972-05-27) 27 Mei 1972 (umur 48)
Melaka, Malaysia
Gabenor Mohd Khalil Yaakob
Pekerjaan Ahli politik
Didahului oleh Norpipah Abdol (UMNOBN)
Kawasan pilihan raya Rembia
Parti politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) (2016-2020)
Bebas (Bebas) (2020)
UMNO (hingga 2016) (2021-kini)
Majoriti 1,814 (2018)
Sekutu gabunganpolitik lain Pakatan Harapan (PH) (2018-2020)
Perikatan Nasional (PN) (2020-kini)
Muafakat Nasional (MN) (2020-kini)
Barisan Nasional (-2016, 2021-kini)
Menteri Besar Adly Zahari
Ketua Menteri Sulaiman Md Ali