Mulan_(filem_1998)

Rencana ini adalah mengenai filem "Mulan". Untuk legenda, sila lihat Hua Mulan. Untuk watak protagonis, lihat Fa Mulan.Mulan ialah sebuah filem animasi dihasilkan oleh Walt Disney Feature Animation, dan ditayangkan oleh Walt Disney Pictures pada 5 Jun 1998. Filem ini diasaskan pada lagenda Cina Hua Mulan.[1]Filem ini diarahkan oleh Tony Bancroft dan Barry Cook, dengan ceritanya dikarang oleh Robert D. San Souci di kalangan yang lain.[2] Filem ini dipuji kerana memiliki visual yang menarik dan menggambarkan seorang wanita yang berdikari dan berkaliber, dan menerima AS$300 juta selepas pecah panggung seluruh dunia.Mulan merupakan salah satu daripada beberapa watak wanita Disney yang bukan seorang puteri atau seorang wanita yang sangat cantik sebaliknya merupakan watak wanita yang kuat dan tegas. Semua watak digambar berdasarkan seni Cina. Kehadiran kawan-kawan binatang Mulan juga membawa sesuatu yang baru bagi penonton kerana biasanya binatang dijadikan tokoh yang jahat.Dunia Mulan akan muncul di permainan Kingdom Hearts II dengan nama "Land of the Dragons". Susulan filem ini, Mulan II, dikeluarkan melalui DVD pada tahun 2005.