Musang_Hitam_Pudar
Musang_Hitam_Pudar

Musang_Hitam_Pudar

Musang Hitam Pudar (bahasa Inggeris: Hose's Palm Civet; bahasa Dusun: Tani; bahasa Kadazan: Toni; bahasa Penan: Perayen) adalah sejenis mamalia carnivora yang endemik di Borneo utara. Nama saintifiknya Diplogale hosei.[1] Ia diberikan nama sempena Charles Hose, seorang ahli zoologi. Musang Hitam Pudar tergolong dalam famili Viverridae.Tidak banyak yang diketahui mengenai mamalia pemangsa ini. Apa yang diketahui mengenai spesies ini datangnya daripada maklumat yang diperolehi daripada 17 buah spesimen yang disimpan di muzium-muzium di seluruh dunia. Hanya seekor Musang Hitam Pudar pernah ditangkap hidup hidup dalam sejarah: seekor Musang Hitam Pudar betina yang ditangkap padas tahun 1997 di Brunei dan disimpan dalam kurungan selama 2 bulan sebelum dilepaskan kembali.[1] Tidak ada seekor Musang Hitam Pudar yang hidup di dalam kurungan pada masa ini di mana mana tempat di dunia.

Berkaitan