Sejarah Mustaffa_Din

Beliau dilahirkan pada 10 Mei 1968 dan berasal dari Kampung Manjoi, Ipoh, Perak. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Ipoh, Perak pada sekitar tahun 1982 beliau dan rakannya telah menubuhkan sebuah kumpulan muzik rock yang bernama Green Agnour. Bakat nyanyian beliau mula dikesan oleh Mohamad Saarip bin Yaakob (Man) kini pemain drum May lalu menubuhkan kumpulan May ini pada bulan Mei 1985.

Bersempena dengan penubuhan kumpulan ini pada bulan 5 mereka telah bersepakat untuk menamakan kumpulan mereka dengan nama May. Lalu mereka menggunakan nama samaran yang mana semua bermula dengan huruf M, huruf A dan huruf Y. (Mus, Man, Abu dan Yus).

Pada bulan april 1986 mereka telah menyertai pertandingan kumpulan muzik Juara Rock Perak dan mereka telah menjadi juara pertandingan itu. Lalu mereka terpilih untuk ke pertandingan Juara Rock Malaysia dan mereka mendapat tempat pertama manakala Mus memenangi kategori penyanyi terbaik.Selepas itu pada tahun 1987 mereka telah ditawarkan untuk merakamkan album.