Watak Mustang_Mama

Mustang MamaWanita yang berusia sangat tua tetapi bersifat muda dalam hatinya. Penggemar corak polka ini sering ingin melakukan apa sahaja yang sepatutnya dilakukannya sewaktu mudanya. Mengikut profil yang diberi dalam laman web rasmi, Mustang Mama tidak ingat sama ada dia pernah bersuami atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya dia mempunyai seorang cucu.TobySatu-satunya cucu lelaki Mustang Mama yang dikenali, dan merupakan seorang kanak-kanak yang suka beriang. Umurnya juga tidak dikenal pasti; Mustang Mama tidak pernah memberitahu usianya kepada cucunya sendiri ini!Silly SallyLembu peliharaan Mustang Mama dan Toby yang berkelakuan seperti anjing. Meskipun spesisnya dikenali sebagai penghasil susu, Sally alah terhadap laktosa (yang terdapat dalam susu lembu)!LilaJiran dan musuh tradisi Mustang Mama yang bersikapbusuk hati dan kurang bersabar. Dia sentiasa mengehendaki segala permintaannya ditunaikan.TanakaLelaki berketurunan Jepun yang menjadi perhatian ramai wanita, termasuk Mustang Mama dan Lila. Dia dikatakan mempunyai berbagai-bagai bakatnya.