Muzik_rock

Rock ialah sejenis muzik popular yang menonjolkan nyanyian (sering dengan keharmonian vokal), gitar elektrik, gitar bes, serta rentak genap yang kuat. Alat muzik yang lain, seperti keyboard (organ, piano, pensintesis, dan hon (saksofon, trompet, trombon) biasa juga digunakan dalam sesetengah gaya, tetapi hon tidak lagi digunakan dalam subgenre muzik rock yang lebih baru sejak 1990-an. Bilangan genre rock adalah banyak, dan sempadannya ditakrifkan secara kurang tepat, dengan genre-genre yang tidak begitu berkaitan, seperti muzik soul, kekadang juga dimasukkan.Satu pengaruh pembentukan rock yang utama ialah rock 'n' roll, sehingga kedua-dua istilah kekadang digunakan dengan saling boleh tukar. Pada awal 1960-an ketika rock 'n' roll tidak menjadi fesyen lagi, permulaan rock British telah menyebabkan desakan untuk menggunakan istilah muzik rock. Dengan "Penaklukan British" itu, gaya muzik yang dicergaskan semula ini tersebar kembali ke Amerika Syarikat, dan menjadi fenomena kebudayaaan antarabangsa yang berpanjangan dengan kesan sosial kepada dunia. Tuntutan-tuntutan yang bersaingan telah menghargai muzik ini kerana menamatkan perang-perang dan menyebabkan keamanan dan toleransi, tetapi ada juga yang mendakwa bahawa muzik rock tidak berakhlak dan merosakkan moral, termasuk juga persetubuhan secara rambang. Rock kini telah menjadi popular di kebanyakan negara di seluruh dunia, dan telah berkembang dengan banyak gaya yang amat berbeza.