Jenis Muzium

Muzium memiliki beragam jenis, dari institusi yang besar dan mencakup banyak kategori, hingga institusi kecil yang memusatkan diri kepada subjek tertentu, lokasi, atau seseorang. Selain itu terdapat muzium universal yang koleksinya merepresentasikan dunia dan biasanya koleksinya di antaranya seni, ilmu pengetahuan, sejarah dan sejarah alam. Jenis dan mutu muzium tercermin dalam koleksinya. Sebuah muzium biasanya memiliki koleksi inti yang merupakan benda terpenting di bidangnya. Kategori muzium-muzium tersebut di antaranya:

Muzium arkeologi

Rencana utama: Muzium arkeologi

Muzium arkeologi merupakan muzium yang mengkhususkan diri untuk memajang artefak arkeologis. Muzium arkeologi banyak yang bersifat muzium terbuka (open air museum). Di Indonesia, contoh dari muzium arkeologi adalah Museum Trowulan di Trowulan, Jawa Timur.

Muzium seni

Rencana utama: Muzium seni

Muzium seni atau galeri seni merupakan sebuah ruangan mengkusus kepada pemameran benda seni visual seperti antaranya lukisan, gambar, dan patung. Beberapa contoh lainnya adalah seni tembikar, seni logam dan perabot.

Contoh dari muzium seni ini di Eropah adalah merbach-Cabinet di Basel, yang awalnya merupakan koleksi pribadi yang dijual kepada pemerintah kota Basel pada tahun 1661, dan menjadi muzium untuk umum sejak tahun 1671. Saat ini, muzium ini bernama Kunstmuseum Basel.[3]

Muzium yang mengkhususkan diri sebagai muzium seni, merupakan suatu hal yang baru. Salah satu yang pertama adalah Hermitage Museum di Saint Petersburg yang dibangun pada tahun 1764.

Di Indonesia, contoh dari muzium seni adalah Museum Affandi yang terletak di Yogyakarta.

Muzium biografi

Rencana utama: Muzium biografi

Muzium Biografi merupakan muzium yang didedikasikan kepada benda yang terkait dengan kehidupan seseorang atau sekelompok orang, dan terkadang memajang benda-benda yang mereka koleksi. Beberapa muzium terletak di dalam rumah atau tapak yang terkait dengan orang yang bersangkutan pada saat dia hidup.

Contoh dari muzium ini adalah Muzium Edith Piaf di Paris. Nusantara juga mempunyai tempat sedemikian: Malaysia misalnya ada Pustaka Peringatan P. Ramlee di Kuala Lumpur, Indonesia pula ada Muzium Sasmitaloka Jenderal Besar DR. A.H. Nasution yang terletak di Jakarta Pusat, DKI Jaya serta Rumah Buya Hamka di Tasik Maninjau, Sumatera Barat.

Muzium anak-anak

Muzium anak Buell di Pueblo, Colorado merupakan muzium anak peringkat ke-2 di Amerika serikat oleh Child Magazine.[4]

[4][2]

Muzium anak merupakan institusi yang menyediakan benda pameran dan program acara untuk menstimulasi pengalaman informal anak-anak. Muzium jenis sebegini biasanya memiliki benda yang dirancang untuk dimainkan oleh anak-anak berbanding dengan muzium tradisional yang memiliki peraturan untuk tidak menyentuh benda pameran. Muzium anak kebanyakan merupakan organisasi nirlaba dan dikelola oleh sukarelawan atau oleh staf profesional dalam jumlah yang kecil.[5] Contoh dari muzium anak ini adalah Muzium Anak Kolong Tangga yang terletak di Yogyakarta. Pada muzium ini terdapat beberapa mainan anak tradisional.

Muzium universal

Muzium universal atau dikenal pula dalam bahasa Inggris sebagai Museu encyclopedic, merupakan muzium yang umum kita jumpai. Biasanya merupakan institusi besar, yang bersifat nasional, dan memberikan informasi kepada pengunjung mengenai berbagai variasi dari tema lokal dan dunia. Muzium ini penting karena meningkatkan rasa keingin-tahuan terhadap dunia.[6]

Contoh muzium universal adalah British Muzium di London, Inggris.

Muzium etnologi

jmpl|ka|Muzium Indonesia di TMII dibangun dengan Arsitektur Bali, merupakan muzium etnologi yang memajang berbagai artefak dan cara hidup suku bangsa di Indonesia.

Muzium etnologi merupakan muzium yang mempelajari, mengumpulkan, merawat, dan memamerkan artefak dan objek yang berhubungan dengan etnologi dan antropologi. Muzium seperti ini biasanya dibangun di negara yang memiliki kelompok etnis atau etnis minoritas yang berjumlah banyak.

Contoh dari muzium ini adalah Muzium Indonesia di TMII.

Muzium rumah bersejarah

Muzium rumah bersejarah, atau yang lebih dikenal dengan rumah bersejarah merupakan yang terbanyak jumlahnya di dunia dari kategori muzium sejarah. Muzium ini biasanya beroprasi dengan dana yang terbatas dan staff yang sedikit. Kebanyakan dikelola oleh relawan dan sering kali tidak memenuhi syarat untuk menjadi muzium profesional.

Contoh dari rumah bersejarah ini di Indonesia adalah Muzium Sasmita Loka Ahmad Yani.

Muzium sejarah

Muzium Sejarah Alam di Putrajaya, Malaysia.

Muzium sejarah mencakup pengetahuan sejarah dan kaitannya dengan masa kini dan masa depan. Beberapa di antara muzium tersebut memiliki benda koleksi yang sangat beragam, mulai dari dokumen, artefak dalam berbagai bentuk, benda sejarah yang terkait dengan even kesejarahan tersebut.

Ada beberapa macam muzium sejarah, di antaranya, rumah bersejarah yang merupakan bangunan yang memiliki nilai sejarah atau arsitektural yang tinggi. Kedua: laman bersejarah yang menjadi muzium, seperti Pulau Robben. Ketiga adalah muzium ruang terbuka atau disebut juga dengan nama open air museum. Pada muzium ini, para masyarakat yang berada di dalamnya berusaha untuk membuat ulang kehidupan pada suatu waktu dengan sebaik mungkin, termasuk di antaranya bangunan dan bahasa.

Contoh muzium sejarah di Indonesia adalah Museum Sumpah Pemuda dan Museum Fatahillah.

Muzium maritim

Muzium maritim merupakan muzium yang mengkhususkan diri kepada peresentasi sejarah, budaya atau arkeologi maritim. Mereka menceritakan kaitan antara masyarakat dengan kehidupan yang berkaitan dengan air atau maritim. Muzium bertema maritim menjadi media alternatif pendidikan non-formal yang berfungsi untuk merekonstruksi pola pikir maritim dan wawasan Nusantara. Selain itu, muzium sebagai alat pendidikan zaman modern akan senantiasa menyesuaikan dengan perkembangan dunia modern itu sendiri[7].

Terdapat beberapa jenis muzium maritim, di antaranya:

  • Muzium arkeologi maritim yang menceritakan mengenai kaitan arkeologi dengan maritim. Muzium ini biasanya memajang dan mengawetkan kapal karam dan artefak yang terkait dengan lingkungannya.
  • Muzium sejarah maritim, merupakan muzium yang mengedukasi masyarakat mengenai sejarah maritim di suatu komunitas atau masyarakat. Contoh dari muzium ini adalah Muzium Maritim San Francisco dan Mystic Seaport.
  • Muzium militer maritim. Contoh dari muzium ini adalah Museum Nasional Angkatan Laut Amerika Serikat. Contoh lainnya adalah Muzium Laut, Udara dan Luar Angkasa Intrepid.
  • Muzium maritim di Indonesia ada 4, yaitu: Muzium Kapal Selam Senopati di Surabaya, Museum Kapal Samudraraksa di Magelang, Jawa Tengah, Muzium Bahari Yogyakarta, dan Muzium Bahari Jakarta.

Muzium tentera (atau museum militer) dan perang

Muzium Perang Kanada

Muzium militer merupakan muzium yang mengkhususkan diri terhadap sejarah militer. Benda yang biasa dipamerkan pada muzium ini contohnya adalah senjata, seragam militer, dan bahkan kendaraan perang. Contoh dari muzium ini adalah Museum Benteng Vredeburg dan Museum Monumen Yogya Kembali di Yogyakarta.