NTT_Docomo
NTT_Docomo

NTT_Docomo

NTT DoCoMo, Inc. (株式会社エヌ・ティ・ティ・ドコモ, Kabushiki-gaisha Enutiti Dokomo, TYO: 9437 , NYSE: DCM, LSE: NDCM) merupakan syarikat pengendali telekomunikasi selular di Jepun, sekaligus tanda perkhidmatan telekomunikasi selular syarikat tersebut. NTT DoCoMo ialah anak syarikat Nippon Telegraph and Telephone (NTT).NTT DoCoMo merupakan salah satu operator telekomunikasi selular yang utama di Jepun. Terkenal dengan sebutan DoCoMo yang merupakan singkatan "Do Communications Over The Mobile Network (Berhubung Melalui Rangkaian Mudah Alih)". Selain itu, DoCoMo dalam bahasa Jepun bermaksud "di mana-mana pun", dengan maksud telefon bimbit DoCoMo boleh digunakan di mana-mana pun.Selain sebagai operator telefon bimbit, DoCoMo juga menyediakan perkhidmatan PHS (Personal Handy-phone System (Sistem Telefon Bimbit Peribadi)). perkhidmatan PHS tidak lagi menerima pelanggan baru sejak 30 April 2005, dan dihentikan pada 7 Januari 2008. Pada 31 Ogos 2006, DoCoMo melancarkan HSDPA dalam bentuk perkhidmatan FOMA High Speed.Dilancarkan pada bulan Ogos 1991, DoCoMo menyediakan perkhidmatan 3G dan 2G yang membolehkan pengguna memuat turun video serta melayari internet dengan kelajuan tinggi.Pada 29 Julai 2010, DoCoMo mengumumkan perkhidmatan jaringan generasi berikutnya yang berasaskan LTE dan diberi nama Xi™ (dibaca: Crossy). perkhidmatan ini dijadualkan akan dilancarkan pada bulan Disember 2010. Perkhidmatan Xi™ berasaskan LTE ini pada awalnya menawarkan kelajuan paut turun hingga 75 Mbps, 10 kali lebih cepat berbanding jaringan 3G FOMA™ dan 37.5 Mbps di kawasan lain.

NTT_Docomo

Industri Telekomunikasi
Pendapatan operasi ▲ ¥874.46 bilion (2012)[2]
Jumlah aset ▲ ¥6.948 trilion (2012)[2]
Pendapatan bersih ▼ ¥463.91 bilion (2012)[2]
Nama rumi Kabushiki gaisha Enutiti Dokomo
ISIN JP3165650007 
Bilangan pekerja 22,955 (2011)[2]
Induk Nippon Telegraph and Telephone (66.64%)
Jumlah ekuiti ▲ ¥5.062 trilion (2012)[2]
Perancang utama Kazuhiro Yoshizawa (CEO)[1]
Ibu pejabat Menara Taman Sanno
Nagatachō, Chiyoda, Tokyo, Jepun
Laman sesawang www.nttdocomo.co.jp
Keluaran PDC, i-mode, W-CDMA, FOMA, HSDPA, LTE, 5G NR, PHS
Ditubuhkan 14 Ogos 1991; 29 tahun yang lalu (1991-08-14)
Hasil ¥4.240 trilion (2012)[2]
Didagangkan sebagai TYO: 9437
Komponen Nikkei 225
Jenis KK awam
Nama asal 株式会社NTTドコモ