Kerjaya Nadiyah_Shahab

Sebelum menjadi pelakon, Nadiyah terlebih dahulu menjadi pengacara rancangan travelog Lost At Sea yang bersiaran di Go Asean yang mana beliau menjelajah bandar-bandar di rantau ASEAN setiap minggu dengan beberapa petunjuk tanpa menggunakan buku panduan.[3][4]

Beliau juga pernah muncul dalam rencana bertajuk "The Women We Love Of Instagram" yang disiarkan dalam majalah Esquire pada April 2016.[5]

Mengikut jejak langkah ramai artis senegaranya, Nadiyah berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kerjaya lakonan.[6] Beliau membuat penampilan drama televisyen pertamanya dalam drama adaptasi novel Encik Suami Mat Salih Celup lakonan Nelydia Senrose dan Daler Yusuf. Nadiyah mendapat kejayaan meluas dalam bidang lakonan menerusi watak Tengku Natasha lakonannya dalam drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah, Lafazkan Kalimah Cintamu lakonan Datuk Farid Kamil dan Nelydia.[7]

Nadiyah muncul bersama Zizan Razak dalam telefilem bertajuk Misteri Maria arahan Rusdi Ramli yang memulakan tayangan perdana di ntv7 pada 25 Mac 2018. Antara pelakon lain yang turut menjayakan telefilem ini ialah Mas Khan dan Zila Bakarin.[8] Beliau kembali digandingkan bersama Zizan dalam supertelefilem Saya Jual Ye Bang yang ditayangkan di Astro First Eksklusif bermula 14 Mac 2019, yang turut dibintangi oleh Uqasha Senrose.[9]

Rujukan

WikiPedia: Nadiyah_Shahab http://www.azhan.co/biodata-nadiyah-shahab-pelakon... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/beruntung... http://www.imdb.com/name/nm7822834/ http://www.notainfo.com/2018/03/sinopsis-misteri-m... http://www.kosmo.com.my/hiburan/nadiyah-takut-peno... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pelakon-nadi... http://www.utusan.com.my/hiburan/akal-budi-nadiyah... http://www.utusan.com.my/hiburan/dilema-seorang-wa... https://www.facebook.com/Nadiyahshahab https://www.instagram.com/Nadiyah.shahab/