Demografi Narathiwat

Narathiwat merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 82% adalah Muslim dan 17.9% adalah penganut agama Buddha. Lebih 80.4% daripada penduduknya boleh bertutur dalam Bahasa Melayu Kelantan dan selebihnya masyarakat Melayu di sini turut berdialek Patani yang hampir sama dengan dialek Melayu Kelantan. Kerajaan memanggil bahasa Melayu dialek Kelantan dan Patani ini sebagai bahasa Yawi, iaitu Jawi, panggilan terhadap tulisan Arab yang digunakan untuk menulis bahasa Melayu di selatan Thai.