Kekecohan Narathiwat

Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden kerusuhan dan kekecohan telah melanda selatan Thailand, terutama sekali di wilayah-wilayah Narathiwat, Yala, dan Patani. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 1980-an. Penduduk-penduduk di sini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Kebanyakkan mereka juga tidak puas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperlakukan mereka dengan cara berbeza dari kaum etnik Thai.

Pada 26 Oktober 20004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakan nafas setelah kesemuanya dimasukkan di dalam trak polis akibat ditangkap di atas tuduhan rusuhan di daerah tersebut dan sekelilingnya.

Pada 7 November 2004, Menteri Pertahanan Thai telah megatakan bahawa lebih kurang 700 orang telah tercedera atau terkorban akibat kekacauan yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari.