Nasi_bogana
Nasi_bogana

Nasi_bogana

Nasi Bogana atau Nasi Begana, ialah suatu hidangan nasi gaya Indonesia, berasal dari Tegal, Jawa Tengah. Ia biasanya dibalut dalam daun pisang dan dihidangkan dengan pelbagai hidangan sampingan.(Winneke 2009)[1]Hidangan nasi ini adalah sejenis "nasi rames" atau nasi campur, yang adalah istilah digunakan untuk hidangan yang mempunyai nasi dan pelbagai hidangan sampingan.(Apriadji 2007, m/s. 7-11)[2]Nasi Bogana adalah sangat masyhur di Indonesia dan dijual di sepanjang jalan-jalan Jakarta, ibu negara Indonesia, dengan harga 12,000 ke 20,000 Rupiah setiapnya. Ia dijual di hampir semua kedai makan Sunda atau Jawa dan kadang-kadang di Warung atau Warteg, sejenis kedai makan tradisional luar atau kafe.(Witton, 2003) [3]Ia juga dianggap sebuah hidangan mudah oleh kerana ia dibalut dalam daun pisang dan sedia untuk dibawa dan dimakan bila-bila masa. Ia juga dianggap sejenis makanan segera di mana ia dibawa ke tempat kerja untuk dimakan.(Erwin 2007, m/s. 82-86)[4]