Nasiruddin_al-Syair

Nasiruddin Al-Syair (Arab: ناصر الدين الشاعرcode: ar is deprecated ) ialah seorang ahli politik Palestin. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri Palestin pada Mac 2006 hingga Mac 2007 di bawah kabinet pertama Ismail Haniyeh mewakili pertubuhan Hamas[1], sebelum diganti oleh Azzam al-Ahmad dari Fatah dalam kabinet perpaduan pimpinan Ismail Haniyeh. Dalam pada itu, beliau turut dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin dari Mac 2006 hingga Jun 2007, iaitu selepas kabinet perpaduan dibubarkan.[2]