Pemerintahan_Ismail_Haniyeh_Pertama

Kerajaaan Pihak Berkuasa Palestin Mac 2006, juga dikenali dengan Pemerintahan Ismail Haniyeh Pertama, ialah sebuah pemerintahan bagi Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin, yang diketuai oleh Ismail Haniyeh, yang mengangkat sumpah pada 29 Mac 2006 dan disusuli dengan kerajaan perpaduan Palestin pada 17 Mac 2007. Pada 25 Januari 2006, Hamas telah memenangi pilihan raya bagi Majlis Perundangan Palestin (PLC) dengan 44.4% undian berbanding 41.4% diperoleh Fatah. Ketuanya, Ismail Haniyeh membentuk kerajaan, yang menggabungkan ahli parlimen Hamas dengan empat orang ahli parlimen bebas, selepas Fatah dan kumpulan lain menolak untuk membentuk kerajaan dengan Hamas. Ini ialah pemerintahan pihak berkuasa Palestin pertama yang diterajui Hamas di wilayah Palestin.[1][2][3][4]

Pemerintahan_Ismail_Haniyeh_Pertama

Parti anggota Hamas
Ketua pembangkang Mahmoud Abbas
Bilangan menteri 25
Status dalam badan perundangan Pemerintahan majoriti
Timbalan ketua kerajaan Nasiruddin Al-Syair
Ketua kerajaan Ismail Haniyeh
Tarikh dibubarkan Mac 2007
Ketua negara Mahmoud Abbas
Pengganti Pemerintahan Ismail Haniyeh Kedua
Tarikh dibentuk 29 Mc 2006
Jumlah bilangan menteri 25
Pilihan raya Pilihan raya perundangan Palestin 2006
Parti pembangkang Fatah
Pendahulu Pemerintahan Ahmed Qurei Ketiga