Pembentukan Pemerintahan_Ismail_Haniyeh_Pertama

Pilihan raya perundangan Palestin yang diadakan pada 25 Januari 2006 telah dimenangi oleh Blok Perubahan dan Pembaharuan yang diterajui Hamas.

Pada 26 Januari 2006, pemimpin Fatah Saeb Erakat berkata partinya tidak mahu menyertai Kerajaan Hamas. Jawatankuasa Pusat Fatah memutuskan bahawa Fatah tidak akan menyertai Kerajaan yang akan dibentuk, tetapi ia bergantung pada keputusan Presiden Mahmoud Abbas. Pada 28 Januari 2006, Hamas mengumumkan mereka akan cuba membentuk sebuah kerajaan teknokrat, jika kerajaan bersama Fatah dan kumpulan politik lain tidak berjaya dibentuk. Pada 29 Januari 2006, Ahli parlimen dari Fatah mengesahkan selepas berbincang dengan Mahmoud Abbas bahawa blok mereka tidak akan menyertai Hamas dalam sebuah kerajaan campuran dan akan duduk di tempat pembangkang, menolak seruan Hamas untuk membentuk kerjasama politik. Keputusan ini, walau bagaimanapun, tidak dibincangkan dan disahkan oleh Jawatankuasa Pusat Fatah.[5]

Pada 27 Mac 2006, Ismail Haniyeh mengusulkan pembentukan kerajaan baharu, melibatkan anggota Hamas dan empat orang ahli politik bebas, kepada Malis Perundangan Palestin.[6] Pada 28 Mac, kerajaan ini diluluskan oleh PLC dan mengangkat sumpah pada 29 Mac 2006.[7]