Politik Nasrudin_Hassan

Beliau pernah bertanding kerusi parlimen P086 Maran pada 2008 namun tewas teruk kepada calon BN Ismail Abd Muttalib dengan 9,227 undi berbanding 15,868 undi (majoriti 6,641, atau 26%).Pada 2013, Nasrudin Hassan bertanding atas tiket PAS (bawah Pakatan Rakyat) menentang calon BN Dato Saifuddin Abdullah, tokoh politik progresif minoriti dalam UMNO, di Parlimen Temerloh (P088). Dengan majoriti tipis (1.9%), beliau memenangi pilihan raya itu lantas menjadikannya Ahli Parlimen Temerloh.[4]Pada PRU 2018, beliau bertanding di parlimen Indera Mahkota (P082) atas tiket PAS dengan meraih hanya 17,515 undi dan tewas kepada calon PKR (Pakatan Harapan) Dato Saifuddin Abdullah yang meraih 28,578 undi atau majoriti 11,063 (17.4%). [5]