Natalie_Portman
Natalie_Portman

Natalie_Portman

Natalie Hershlag (Ibrani: נטלי הרשלג; lahir 9 Jun 1981, di Jerusalem, Israel), dan lebih dikenal dengan nama, Natalie Portman (Ibrani: נטלי פורטמן), merupakan seorang pelakon Amerika Syarikat-Israel. Nama Portman diambil dari nama keluarga nenek (sebelah ibu) beliau.Beliau pernah dicalonkan untuk Anugerah Akademi dan pernah memenangi Golden Globe Award. Natalie dikenali menerusi filem Star Wars dan V for Vendetta.Portman merupakan anak tunggal kepada pasangan Avner Hershlag dan Shelley Stevens. Ketika berusia tiga tahun, Portman mengikuti keluarganya pindah ke AS. Portman merupakan lulusan dari Universiti Harvard dalam sarjana psikologi pada 5 Jun 2003. Beliau fasih bertutur dalam bahasa Ibrani, Inggeris, Perancis, Jepun, dan Jerman. Beliau pernah mencetus kontroversi apabila mencukur botak rambutnya pada tahun 2005 untuk filem V for Vendetta.

Natalie_Portman

Pekerjaan
  • Pelakon
  • penerbit
  • pengarah
Kerakyatan
Pasangan Benjamin Millepied (k. 2012)
Anak 1
Tahun aktif 1992 – kini
Ejen Creative Artists Agency[1][2]
Kelahiran Neta-Lee Hershlag
(1981-06-09) 9 Jun 1981 (umur 38)
Jerusalem, Israel
Pusat pendidikan Universiti Harvard