Neurodiversiti
Neurodiversiti

Neurodiversiti

Neurodiversiti (neurokepelbagaian) merujuk kepada kepelbagaian pada otak manusia mengenai pergaulan, pembelajaran, perhatian, perasaan dan lain-lain fungsi mental. [1] Terma ini dicipta pada tahun 1998 oleh ahli sosiologi Australia, Judy Singer, yang membantu melariskan konsep tersebut bersama wartawan Amerika, Harvey Blume. Ini muncul sebagai tantangan untuk pandangan umum bahawa gangguan perkembangan saraf tertentu adalah pada dasarnya patologikal dan sebaliknya menggunakan model kurang upaya sosial, di mana halangan-halangan sosial adalah faktor penyumbang utama yang menyahupayakan orang.[2] [3]