Isu Nga_Kor_Ming

Kos masjid tinggi

Pada 9 Disember 2009, Datuk Ibrahim Ali selaku presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan Nga Kor Ming sebagai biadab apabila mengungkit kos tinggi membabitkan pembinaan masjid di seluruh negara. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan ia akan membangkitkan sentiman antara orang Islam dan bukan Islam dan mengapi-apikan kebencian antara kaum. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz menyatakan tindakan ini tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan. Dalam perlembagaan, wang hanya disalurkan kepada pembangunan agama Islam. Kerajaan juga memberi peruntukan kepada pusat ibadat lain nampaknya tidak dihargai.[1]

Di Dewan Rakyat , Nga kor Ming meminta penjelasan kos RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun (2000-2008). Dr Mohd Hatta Ramli(PAS), Datuk Johari Abdul (PKR), Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam) mempertahankan Nga Kor Ming. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mejelaskan bahawa peruntukan RM748.26 juta untuk membina masjid manakala RM9 juta atau 1.2 peratus sahaja untuk pusat ibadat lain.

Yang dipertua Perkasa Pahang, Dr Zubir Harun membuat laporan polis kerana merasakan kenyataan Nga itu menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh mencetuskan pergaduhan agama.[2]Bberapa NGO membuat bantahan di hadapan Masjid Daerah Seberang Perai Utara di Teluk Air Tawar, Seberang Perai,Pulau Pinang. Antaranya ialah Pertubuhan Gabungan Suci Asli Malaysia (GSAM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).Parti politik yang hadi ialah Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tasek Gelugor. Harakah melaporkan hanya 26 orang sahaja yang hadir.[3]